LAFAZ IKRAR BELIA MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA (HBN) 2025
- Details
- Hits: 28

𝐋𝐀𝐅𝐀𝐙 𝐈𝐊𝐑𝐀𝐑 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐇𝐁𝐍) 𝟐𝟎𝟐𝟓
15 Mei 2025 – Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Jabatan Sukan Kebudayaan & KoKurikulum (JSKK) dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Politeknik Sultan Idris Shah telah menganjurkan Lafaz Ikrar Belia Malaysia di Dewan Seri Lang, PSIS. Lafaz ikrar tersebut dipimpin oleh Yang Di Pertua JPP PSIS, Saudara Muhammad Shafie bin Nordin.
Hari Belia Negara diraikan setiap tahun pada tarikh 15 Mei dan merupakan platform penghargaan dan pengiktirafan pihak kerajaan kepada golongan belia untuk menaikkan semangat kecintaan serta petriotisme belia. Dalam majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian teks Ikrar Belia dan laungan “Belia Yakin Boleh” oleh Timbalan Pengarah Akademik, Tuan Haji Zainuddin bin Kasmuri.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis