MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM JIWA MURNI, RNR DAN OBUA BAGI MALPTAAC SIRI 16/2025
- Details
- Hits: 10

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐈𝐖𝐀 𝐌𝐔𝐑𝐍𝐈, 𝐑𝐍𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐎𝐁𝐔𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐏𝐓𝐀𝐀𝐂 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟓
SABAK BERNAM, 13 Mei 2025- Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Program Jiwa Murni lebih dikenali sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Rehat dan Rawat (RnR) dan persediaan Operations in Built-Up Areas bagi program Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 16/2025 yang telah dipengerusikan oleh Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah(PSIS), Puan Haslinda binti Abd Hamid dan turut hadir Encik Roslan Bin Amat Zainal,Pegawai Perancang Bandar Dan Desa, Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Puan Masarni Binti Mansor, Penyelia Wanita Berdaya N01 Sungai Air Tawar dan Encik Zahairul Bin Abd Rahman, Penghulu Mukim Sg Air Tawar (Sat), Ketua-ketua Kampung , pengurusan tertinggi PSIS dan Jawatankuasa Pelaksana PSIS.
Tujuan utama mesyuarat ini adalah untuk mengenal pasti lokasi dan memastikan pelaksanaan program CSR benar-benar memberi manfaat kepada peserta serta masyarakat, selaras dengan keperluan dan menepati keperluan masyarakat tempatan serta menyokong agenda pembangunan mampan dan inklusif.
Perbincangan ini juga bagi mengenal pasti kesesuaian lokasi cadangan dari aspek struktur, aksesibiliti, keselamatan dan impak kepada komuniti serta menyampaikan maklumat tentang tujuan dan bentuk latihan OBUA yang akan dilaksanakan sewaktu program berlangsung.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis