MESYUARAT PENYELARASAN DAN TINJAUAN KAWASAN BAGI PROGRAM MALAYSIAN POLYTECHNIC TERRITORIAL ARMY ANNUAL CAMP (MALPTAAC) SIRI 16/2025
- Details
- Hits: 110

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐘𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐈𝐂 𝐓𝐄𝐑𝐑𝐈𝐓𝐎𝐑𝐈𝐀𝐋 𝐀𝐑𝐌𝐘 𝐀𝐍𝐍𝐔𝐀𝐋 𝐂𝐀𝐌𝐏 (𝐌𝐀𝐋𝐏𝐓𝐀𝐀𝐂) 𝐒𝐈𝐑𝐈 (𝟏𝟔/𝟐𝟎𝟐𝟓)
SABAK BERNAM, 29 April 2025 - Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah melaksanakan mesyuarat penyelarasan dan tinjauan kawasan bagi program Malaysian Polytechnic Territorial Army Annual Camp (MALPTAAC) Siri 16/2025 secara mod hybrid yang telah dipengerusikan oleh Puan Haslinda Binti Abd Hamid, Pengarah PSIS dan turut hadir Cik Masniza binti Mansor, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kurikulum, Mej Mohd Hafiz Raihan bin Md Miskin Pegawai Staf 2 Latih (A) Bahagian Pasukan Simpanan), Lt Kol Norizam Bin Sekak, Pengarah Politeknik Merlimau selaku Penaung Sekretariat Askar Wataniah Politeknik (SWAP), Lt Kol Khairuddin bin Ishak, Pengerusi SAWP, delegasi Rejimen Siri 500 Askar Wataniah, pegawai-pegawai daripada SAWP dan 35 orang Jawatankuasa Pelaksana PSIS.
Bahagian Pasukan Simpanan (BPS), membentangkan pendekatan penganjuran program, termasuk struktur dan kandungan latihan yang bakal dilaksanakan mengikut kesesuaian kawasan penganjuran. Selain itu turut membincangkan aspek penganjuran program dari segi logistik, penyelarasan aktiviti, keselamatan, penginapan, kemudahan latihan dan keperluan lain yang berkaitan. Tinjauan kawasan telah dilaksanakan bagi menilai kesesuaian lokasi yang dicadangkan bagi penganjuran program dari aspek logistik, keselamatan, kemudahan asas, dan kapasiti kawasan. Selain itu dapat mengenal pasti kemudahan sedia ada dan keperluan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan bagi menjayakan program ini.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis

