𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Seri Lang, PSIS.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Yang Berhormat Datuk Rizam Ismail, EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan & Pengguna Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar.
Majlis turut diserikan dengan pameran reruai Hari Raya yang menampilkan pelbagai dekorasi bertemakan Syawal serta juadah raya yang disediakan oleh jabatan -jabatan dan unit di PSIS. Reruai-reruai ini bukan sahaja mencerminkan kreativiti serta semangat gotong-royong warga institusi, malah turut menjadi daya tarikan utama para tetamu yang hadir.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, wakil-wakil agensi kerajaan daerah Sabak Bernam, para pensyarah, kakitangan dan pelajar PSIS.
Pihak pengurusan PSIS merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi komitmen serta kerjasama dalam menjayakan majlis ini, termasuk ahli jawatankuasa pelaksana, sukarelawan serta semua tetamu yang hadir.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis