𝐑𝐈𝐔𝐇 𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈
24 April 2025 - Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menganjurkan satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bertemakan "Riuh Rendah Raya", yang berlangsung dengan penuh kemeriahan dan warna-warni. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah PSIS, Puan Haslinda binti Hamid, yang meluangkan masa bersama warga JPH.
Pelbagai juadah tradisional Hari Raya seperti rendang, ketupat, lemang, kuih-muih dan hidangan istimewa lain disediakan di gerai-gerai bertemakan raya, yang dikendalikan oleh pensyarah dan pelajar Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. Kreativiti dan semangat gotong-royong jelas terpancar melalui dekorasi gerai dan penyediaan makanan yang menarik perhatian.
Majlis turut diserikan dengan persembahan lakonan dan nyanyian lagu raya serta pelbagai aktiviti interaktif yang menggalakkan penyertaan pelajar dan staf.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis