𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐎𝐌 𝐋𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇
24 April 2025 - Telah berlangsung Program Jom Lemang Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) anjuran Jawatankuasa Sokongan Akademik dengan pengisian aktiviti santai melibatkan seluruh warga PSIS. Program dimulakan seawal 8.00 pagi dengan senaman ringkas, diikuti sarapan pagi, sesi teori, pembahagian tugas dan aktiviti kumpulan bermula jam 9.00 pagi. Makan tengahari disediakan pada 12.30 tengah hari, disusuli sambungan aktiviti kumpulan pada jam 3.00 petang.
Acara kemuncak, iaitu proses membakar lemang, dijadualkan berlangsung pada jam 6.00 petang secara gotong-royong. Program ini berlangsung dalam suasana santai dan terbuka kepada semua warga PSIS, dengan potluck dan kuih raya turut dibawa bersama sebagai perkongsian.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis