KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KERJAYA DAERAH SABAK BERNAM 2025
- Details
- Hits: 17

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐍𝐀𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟓
Seramai lebih 700 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan komuniti setempat telah memeriahkan Karnival Pendidikan dan Kerjaya Daerah Sabak Bernam 2025 yang berlangsung di Dewan Seri Bernam. Dengan mengangkat tema "Inspirasi Kejayaan Komuniti, karnival yang julung kali diadakan ini berjaya memberikan pendedahan menyeluruh mengenai peluang pendidikan tinggi melalui institusi-institusi terkemuka seperti:
- Politeknik Sultan Idris Shah
- GIATMARA
- Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM)
Program yang dianjurkan secara kerjasama antara Kolej Komuniti Sabak Bernam, Politeknik Sultan Idris Shah dan Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam telah disempurnakan oleh Tuan Ali Sadikin bin Saidin, Pegawai Daerah Sabak Bernam. Turut hadir memberikan sokongan Orang Besar Daerah Sabak Bernam, YBhg. Dr. Paridul Adras Ismail,Pengarah-pengarah institusi pendidikan dan wakil-wakil agensi.
Pegawai Daerah Sabak Bernam, Encik Ali Sadikin Sadin dalam ucapannya menegaskan: "Program seumpama ini akan dijadikan acara tahunan bagi memastikan generasi muda kita mendapat akses kepada maklumat pendidikan dan kerjaya yang komprehensif."
Antara pameran dan aktiviti yang dijalankan:
- 16 gerai pameran pendidikan dan kerjaya
- 10 booth usahawan tempatan
- Perkhidmatan penukaran minyak motosikal percuma oleh GIATMARA
- Forum Ke manakah Hala Tuju Anak Muda Sabak Bernam?
- Aktiviti 10 minit Membaca bersama PPAS
- Program kesedaran jalan raya
Kejayaan program ini membuktikan komitmen agensi dan jabatan daerah Sbak Bernam dalam membangunkan modal insan berkualiti walaupun di peringkat daerah. Diharapkan program seumpama ini akan terus diperluas pada masa akan datang.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis