70 PELAJAR TINGKATAN 5 SERTAI BENGKEL EKSPLORASI DIRI
- Details
- Hits: 26

𝟕𝟎 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟓 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐋𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐑𝐈
Sungai Lang , 23 April 2025 - Seramai 70 orang pelajar sekolah menengah sekitar Daerah Sabak Bernam telah mengikuti Bengkel Eksplorasi Diri anjuran Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) dengan kerjasama Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam yang bertempat di Dewan Seri Sabak, PSIS.
Para pelajar telah dibahagikan kepada dua kumpulan, di mana seramai 35 orang akan mengikuti kursus pendek 'Table Etiquette', manakala selebihnya akan mengikuti kursus AR/VR yang dikendalikan oleh pensyarah- pensyarah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PSIS.
Majis Penutupan Bengkel Eksplorasi Diri telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zainuddin bin Kasmuri, Timbalan Pengarah Akademik,PSIS, Hadir sama, Cik Nurhazila binti Zakaria, Penolong Pengurus YRMS, Puan Nur Sabrina Chua binti Abdullah, SISC TVET, Sektor Pembelajaran PPDSB , dan Encik Jais bin Shamsudin, Director Radiant Group.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta bengkel atas penglibatan dan komitmen yang telah ditunjukkan. Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan Bengkel Eksplorasi Diri.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis