𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐋𝐈𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐈 𝐓𝐇𝐀𝐈𝐋𝐀𝐍𝐃
Thailand, 17 April 2025 - Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) memperkukuhkan usaha dalam meningkatkan lagi kecemerlangan institusi di peringkat antrabangsa menerusi pemeteraian Letter of Intent (LOI) bersama Universiti Rajamangala, Thailand.
Majlis menandatangani Letter of Intent (LOI) di antara Universiti Rajamangala, Thailand dan Politeknik Sultan Idris Shah itu disempurnakan oleh Pengarah PSIS Puan Haslinda Abd Hamid dan Asst. Prof. Dr. Boonyarit Omanee, Dekan Fakulti Sastera Liberal, RUTS. Turut hadir bersama ialah Assoc. Prof. Dr. Patcharin Kangkra, Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan, serta Mr. Yosob Damtae, Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar.
Kerjasama yang dijalinkan bagi meningkatkan kualiti pendidikan, penyelidikan, dan pembangunan, terutamanya dalam bidang pelancongan dan hospitaliti. Selain itu, kerjsama ini juga sebagai inisiatif penandaarasan untuk meneroka kerjasama strategik yang lebih mendalam pada masa hadapan.
Majlis menandatangani Letter of Intent (LOI) ini dianjurkan bersempena International Sawasdee Thai Charm: Hatyai & Songkhla anjuran pelajar semester 4, Diploma Pengurusan Pelancongan,PSIS.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis