𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐀𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐍𝐀𝐌
13.04.2025 - Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) turut bersama-sama dalam Majlis Tautan Kasih Komuniti Daerah Sabak Bernam anjuran Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna,Adun Sungai Air Tawar bersama Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam (PDTSB) yang berlangsung di Dewan Sri Nakhoda Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar, Sungai Air Tawar.
Dalam majlis tersebut, agensi-agensi di Daerah Sabak Bernam turut terlibat dalam penyediaan juadah raya serta menghias dan mempersiapkan reruai Hari Raya, sekali gus memeriahkan suasana sambutan dengan semangat kerjasama dan kekitaan.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari; Dato’ Menteri Besar Selangor, YB Datuk Hj. Rizam bin Hj. Ismail; EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan & Pengguna dan Puan Haslinda Abd Hamid, Pengarah PSIS.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis