PEMBERIAN BIASISWA MYWAQAF PTPTN & MAJLIS IFTAR BERSAMA MEDIA
- Details
- Hits: 15

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐌𝐲𝐖𝐀𝐐𝐀𝐅 𝐏𝐓𝐏𝐓𝐍 & 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐈𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀
Kuala Lumpur, 19 Mac 2025- Alhamdulillah, satu lagi inisiatif bermakna telah dilaksanakan menerusi Pemberian Biasiswa MyWaqaf PTPTN dalam sebuah majlis yang penuh keberkatan di Renaissance Hotel, Kuala Lumpur yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN. Majlis dimulakan dengan Sesi Tazkirah oleh Ustaz Mohammad Yaakub Yusra yang bertajuk 'Wakaf pelaburan Abadi' turut diserikan dengan Iftar Perdana PTPTN bersama pihak media yang bertujuan menghargai kerjasama erat antara PTPTN dan rakan-rakan media dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
Biasiswa MyWaqaf PTPTN merupakan satu usaha murni bagi membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk terus melangkah maju dalam bidang pendidikan tanpa dibebani masalah kewangan. Inisiatif ini juga selaras dengan aspirasi PTPTN dalam memupuk kesedaran tentang kepentingan waqaf dan tanggungjawab sosial dalam memperkasa pendidikan negara. Politeknik Sultan Idris Shah cukup bertuah kerana salah seorang dari pelajarnya telah terpilih sebagai penerima biasiswa ini iaitu Saudara Muhammad Zharfan bin Zainuddin dari Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital).
Semoga usaha ini memberi manfaat kepada penerima dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk terus menyokong pendidikan sebagai pelaburan jangka masa panjang untuk generasi akan datang.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis