𝐂𝐒𝐑 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍
Pusat Islam dengan kerjasama Kelab Kebajikan & Rekreasi dan Koperasi Sabak Bernam serta Puspanita Politeknik Sultan Idris Shah telah menganjurkan Program CSR – Sentuhan Kasih Ramadhan bersama Jawatankuasa Masjid Tebuk Mukrad. Program ini bertujuan untuk memperkukuh semangat kebersamaan serta menyemai nilai kepedulian terhadap masyarakat, khususnya dalam menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.
Antara pengisian utama program ini ialah:
✅ Penyediaan dan pengagihan bubur lambuk kepada penduduk setempat
✅ Penyampaian sumbangan Bakul Rahmah kepada golongan memerlukan
✅ Majlis berbuka puasa bersama komuniti
✅ Sesi Tadarus Al-Quran
✅ Ceramah Nuzul Al-Quran
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zainuddin Kasmuri, Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Sultan Idris Shah.
Semoga program ini menjadi jambatan ukhuwah antara PSIS dan masyarakat, serta mendapat keberkatan dalam setiap usaha yang dilakukan.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis