MAJLIS PELANCARAN HARI PENGGUNA KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR MYSAVEFOOD@RAMADAN2025 BAZAAR RAMADAN SABAK
- Details
- Hits: 17

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐘𝐒𝐀𝐕𝐄𝐅𝐎𝐎𝐃@𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐁𝐀𝐙𝐀𝐀𝐑 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐊
Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Puan Haslinda Abd Hamid memenuhi jemputan ke Majlis Pelancaran Hari Pengguna Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor dan Progam MySavefood@Ramadan2025 Bazaar Ramadan Sabak anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Selangor.
Dalam majlis turut menyaksikan penyampaian tokoh pengguna kepada Gerakan Pengguna Siswa (GPS) PSIS. Sijil telah disampaikan oleh Tuan Zuhairi Mat Radey, Pengarah KPDN Negeri Selangor.
Hadir sama, Pengarah Kolej Komuniti Sabak Bernam, En Ahmad Arman Nor Anuar, Ketua-Ketua Jabatan Agensi Daerah Sabak Bernam.
MySavefood@Ramadan2025 ini bertujuan membudayakan satu sistem pengurusan lebihan makanan yang efektif di bazar Ramadan yang mudah direplikasi dalam usaha mengurangkan pembaziran makanan sepanjang bulan ramadan.
Makanan dan minuman yang tidak terjual oleh peniaga bazar Ramadan akan dikumpulkan oleh sukarelawan GPS dan Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia untuk disalurkan dan diagihkan kepada pelajar yang memerlukan.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis