𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐃𝐕𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 (𝐊𝐏𝐃𝐍) 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 (𝐆𝐏𝐒) 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
Program advokasi KPDN bersama GPS Cawangan Kuala Selangor telah dilaksanakan bertempat di Politeknik Sultan Idris Shah. Gerakan Pengguna Siswa Politeknik Sultan Idris Shah (GPS PSIS) telah menjadi tuan rumah pada kali ini yang turut dihadiri empat GPS cawangan Kuala Selangor iaitu Universiti Teknologi MARA (Puncak Alam), Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB) dan Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam (KiSTARP).
UiTM Puncak Alam diwakili oleh Ts. Dr. Siti Norida binti Wai-Iab, Dept. Of Technology And Supply Chain dan Dr. Norashida binti Othman, Dept. Of Economics And Financial Studies. Pengarah KKSB, Tuan Ahmad Arman bin Nor Anuar hadir bersama 2 orang pegawai serta 15 orang ahli GPS. Manakala KiSTARP diwakili Pn. Norfitri Yati binti Abdul Samad bersama 11 orang ahli GPS. Turut hadir adalah Tuan Mohd Zuhairi bin Mat Radey, Pengarah KPDN Negeri Selangor, ⁠Pn. Siti Hajar binti Mohd Kasim, Ketua Seksyen Pendayaupayaan Pengguna, KPDN Negeri Selangor, Tuan Mohd Rosidi bin Yosof, Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDN Cawangan Kuala Selangor dan Pn. Anis Ketua Pasukan Foodbank Bahagian Sekretariat Perdagangan, Pengedaran dan Industri Perkhidmatan, KPDN Putrajaya.
Sesi perkongsian oleh GPS PSIS yang memfokuskan Foodbank@PSIS, Inkubator Mesin Retort dan Nox Coffee. Hadirin juga telah diberi demonstrasi dan dibawa melawat bagi meyaksikan sendiri kaedah pengoperasian bagi setiap inkubator.
Sesi petang diteruskan dengan Mesyuarat Penyelarasan MySaveFood@Ramadan 2025. Slot perkongsian berkaitan projek diterangkan oleh En. Syazwan bin Che Zulkifli, Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA) Selangor dan perkongsian pengalaman daripada En. Zharif Naqiuddin bin Abdul Munit, Penasihat GPS PSIS.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis