PROGRAM ADVOKASI KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP (KPDN) DAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) BERSAMA GERAKAN PENGGUNA SISWA, POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
- Details
- Hits: 39

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐃𝐕𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 (𝐊𝐏𝐃𝐍) 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐒𝐒𝐌) 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀, 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 (𝐆𝐏𝐒 𝐏𝐒𝐈𝐒)
Sesi pagi dimulakan dengan ceramah Consumer Empowerment Index (CEI) yang telah disampaikan oleh Pn. Maryanti binti Abd. Malek, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Dasar Kepenggunaan. Peserta adalah dikalangam pelajar Kelab GPS dan Kelab Pengguna kokurikulum berkredit seramai 140 orang yang telah berlangsung di Panggung Syarahan 2.
Sesi petang diteruskan dengan majlis penyerahan Mock Cheque Agihan Wakalah Zakat Korporat SSM bernilai Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu (RM50000.00) kepada PSIS bagi penampung kos bina ruang kondusif Inkubator Mesin Retort. Sumbangan telah disampaikan oleh En. Mohd Rosly bin Mat Isa, Pengarah SSM Negeri Selangor kepada Pn. Haslinda binti Abd. Hamid, Pengarah PSIS disaksikan oleh Tuan Mohd Zuhairi bin Mat Radey, Pengarah KPDN Negeri Selangor.
Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut ialah En. Muhamad Hanif bin Asa'ari, Pengarah Bahagian Sekretariat Perdagangan, Pengedaran dan Industri Perkhidmatan, KPDN Putrajaya serta Tuan Muhammad Zikril Azan bin Abdullah, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Dasar Kepenggunaan, KPDN Putrajaya dan Tuan Mohd Rosidi bin Yosof, Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDN Cawangan Kuala Selangor.
Hadirin turut diberi penerangan, demonstrasi dan lawatan ke Foodbank@PSIS, Inkubator Mesin Retort dan Nox Coffee bagi meyaksikan sendiri kaedah pengoperasian bagi setiap inkubator tersebut.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis