𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐏𝐑𝐀𝐉𝐔𝐑𝐈𝐓 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐑𝐄𝐋𝐀 (𝐀𝐏𝐌𝐒) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟓
Seramai 36 orang anggota Askar Wataniah Politeknik Sultan Idris Shah (AW-PSIS) telah membuktikan kecekalan mereka mengharungi dan seterusnya menamatkan Kursus APMS siri kali ini yang berlangsung selama 4 minggu bermula dari 3 Januari sehungga 31 Januari 2025.
Tahniah diucapkan kepada , 6301587 PJM Muhammad Farhan Bin Muhammad Fairol Nizam (17DAS23F1049) dari AW-PSIS yang telah dinobatkan sebagai penerima anugerah kategori Kawad Terbaik. Penutup Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) Siri 1/2025 ini telah disempurnakan oleh Leftenan Kolonel Afzanizan Bin Ismail, Timbalan Komander Rejimen 502 Askar Wataniah yang bertempat di Rejimen 502 Askar Wataniah, Kem Sungai Buloh.
Secara keseluruhannya, Kursus APMS ini berjaya mencapai objektifnya dalam memberikan pendedahan, latihan serta melengkapkan para anggota sukarela berkenaan asas ketenteraan serta kemahiran sebagai seorang Askar Wataniah terlatih. Semoga anda semua dapat menyumbangkan tenaga kepada negara.
Tahniah Perajurit Muda !!
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis