𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇: 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐂𝐈𝐄𝐍𝐓𝐈𝐒𝐓𝐒 𝐀𝐔𝐋𝐀𝐃
Sempena cuti sekolah kali ini, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) mengambil insiatif menganjurkan program “The Scientists Aulad" yang bertempat di Pusat Islam, PSIS.
Program yang dianjurkan selama dua hari ini bertujuan menggalakkan minat kanak-kanak dalam bidang sains, kreativiti, dan aktiviti luar serta mengasah kemahiran praktikal dan pengetahuan mereka dalam cara yang interaktif.
Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang program ini termasuk:
1. Chef Cilik
2. Bianglala Terindah
3. Dunia Angkasa
4. Treasure Hunt
Semoga penganjuran program ini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk lebih mendalami sains dan bidang-bidang lain yang dapat membentuk mereka menjadi individu yang kreatif dan berpengetahuan.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis