𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐀𝐌 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐄𝐃𝐈𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇

Seramai 2,602 pelajar yang menetap di kolej kediaman Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah hadir ke Dewan Seri Lang untuk mengikuti taklimat am kolej kediaman anjuran Unit Pengurusan Kediaman Pelajar (UPKPel).
Taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peraturan, kemudahan, dan tanggungjawab sebagai penghuni kolej kediaman PSIS. Taklimat tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid. Selain itu, dalam taklimat tersebut UPKPel turut melancarkan lagu rasmi kolej, "Sayangi Kolej Kediaman".
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis