𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝟑𝟖𝟎 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔
SABAK, 6 Januari 2024 - Politeknik Sultan Idris Shah harini menyambut seramai 380 pelajar baharu sempena Hari Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi II 2024/2025 di Dewan Seri Lang, PSIS. Pengarah PSIS, Pn. Haslinda Abd Hamid bersama Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Muhamad Fauzi Che Pa hadir ke tempat pendaftaran bagi meninjau proses pendaftaran pelajar baharu yang berjalan lancar dan tersusun seperti yang dirancang.
Rata-rata ibu bapa dan penjaga yang hadir turut berasa lega dan menzahirkan kegembiraan apabiia melihat anak-anak mereka selesai mendaftar di sini. Salah seorang pelajar baharu, Muhamad Ammarzaim bin Kaberi, 30, dari Kampar, Perak, meluahkan rasa syukur apabila akhirnya diterima masuk ke PSIS dalam bidang yang diminati setelah enam tahun berusaha membuat permohonan. Beliau kini mendaftar dalam program Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal, di bawah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti. "Ini adalah peluang yang saya tunggu-tunggu, dan saya bersyukur dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang saya minati. Saya berharap dapat menimba ilmu dan kemahiran yang dapat membantu saya dalam kerjaya pada masa depan," kata Muhamad Ammarzaim dengan penuh semangat.
Dalam masa yang sama, sesi taklimat ibu bapa turut diadakan bagi memberi ruang dan peluang kepada ibu bapa dan penjaga untuk bertanya soalan dan mendapatkan penjelasan terus daripada pihak pengurusan PSIS. Pada sesi tersebut, Pengarah PSIS, Puan Haslinda mengucapkan tahniah kepada ibu bapa kerana telah memilih PSIS sebagai destinasi TVET untuk anak-anak mereka melanjutkan pengajian. “Ini adalah langkah pertama dalam perjalanan akademik mereka. Kami di PSIS komited untuk menyediakan pendidikan berkualiti dan peluang untuk anda mengasah kemahiran dalam bidang yang relevan dengan keperluan industri semasa.” katanya.
Para pelajar yang mendaftar hari ini akan menjalani Minggu Transformasi Siswa (MTS) selama 5 hari bermula 6 Januari hingga 10 Januari 2025. MTS ini bertujuan untuk memberi pendedahan suasana kampus, mengenali sistem pengurusan maklumat pelajar, dan suai kenal sesama pelajar sebelum sesi akademik bermula pada minggu hadapan. Pengarah dan Pengurusan Tinggi mengucapkan sekalung penghargaan kepada pihak polis yang hadir bagi memantau proses pendaftaran pada hari ini serta semua Jawatankuasa Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi II 2024/2025 yang komited menjalankan tugas semasa proses pendaftaran berlangsung.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis