MAJLIS PENGANUGERAHAN PENSIJILAN PROFESIONAL KNX-POLYCC
- Details
- Hits: 62
![](/images/KNX_POLYCC.jpg)
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐊𝐍𝐗-𝐏𝐎𝐋𝐘𝐂𝐂
Kuala Lumpur, 2 Disember 2024- Majlis Penganugerahan Pensijilan Profesional KNX - POLYCC berlangsung dengan jayanya di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (PWTC) Kuala Lumpur.
Seramai 111 tenaga pengajar pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) dianugerahkan sijil profesional KNX di Majlis Penganugerahan tersebut.
Tahniah diucapkan kepada pensyarah - pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Ts. Mohamad Faiz Jamaluddin, En. Hairulanuar Rosman, Puan Iza Shahida Zainal, Ts. Manimekalai Balasubramaniam dan Puan Norawati Masro penerima Sijil KNX serta Puan Naily Akmal Mohd Zamri peserta terbaik.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Turut hadir YBrs. Tuan Sutekno Ahmad Bwelon, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia, YBrs. Profesor Adjung Mohd Fathullah bin Mustafa, Pengarah Kanan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Ts. Siew Peng Wah, Ketua Pegawai Eksekutif Seikou Systec Sdn. Bhd. dan Heinz Lux, Ketua Pegawai Eksekutif KNX Belgium serta Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis