FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA 2024
- Details
- Hits: 65
𝐅𝐄𝐒𝐓𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐈𝐃𝐄𝐀 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟒
Seramai 48 Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) mengambil peluang hadir ke Festival Idea Putrajaya (FOI) 2024 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang berlangsung selama 3 hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang program berlangsung antaranya pameran kerjaya oleh MYFUTUREJOBS yang menghimpunkan sebanyak 145 majikan daripada pelbagai sektor industri dari seluruh negara yang menawarkan sebanyak 10,000 kekosongan jawatan, pameran institusi-institusi di Malaysia, Sidang Idea Malaysia (MyIDEAS) dan banyak lagi.
Festival Idea Putrajaya yang julung kali diadakan ini merupakan usaha Kerajaan mengangkat Putrajaya sebagai 'Bandar Raya Idea' untuk Malaysia dan dunia.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis