✨ 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐁𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚-𝐈𝐧𝐝𝐨𝐧𝐞𝐬𝐢𝐚: 𝐉𝐚𝐦𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚, 𝐊𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐫𝐮𝐦𝐩𝐮𝐧 ✨
🕗 Masa: 8:00 PM - 10:00 PM
🎭 Tema: Nusantara Glam
Malam Kebudayaan: “Jambatan Budaya, Kisah Serumpun” bagi pelajar inbound dari tiga Institusi Pendidikan Tinggi Indonesia telah dilaksana dengan meriahnya pada 29 September yang lalu di Dewan Seri Sabak, Politeknik Sultan Idris Shah. Encik Mohamad Fauzi bin Che Pa; Timbalan Pengarah Sokongan Akademik turut hadir bagi menyampaikan kata aluan kepada semua peserta dari Malaysia dan Indonesia serta seterusnya merasmikan program ini.
Program ini disertai oleh 20 kumpulan peserta dari Politeknik Malaysia, IPTA, dan Kolej Vokasional yang hadir menyertai International Highest Early Strength Eco-Green Concrete Cube Competition 2024 (i-hesegc2024) anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti bersama Jabatan Kejuruteraan Awam, PSIS.
Program mobiliti ini telah berjaya mengetengahkan keindahan seni, budaya, dan tradisi kedua-dua negara dalam suasana yang penuh gemilang bagi menghayati warisan serumpun. Sepuluh persembahan dalam bentuk tarian kebudayaan, nyanyian lagu tradisional , Pencak Silat dan slaid pembentangan keunikan Malaysia dan Indonesia telah disajikan kepada tetamu yang hadir. Malam Kebudayaan ini turut diserikan dengan persembahan pembukaan dan penutup yang hebat daripada pelajar Kelab Kebudayaan PSIS.
Kesimpulannya, pelaksanaan aktiviti pengantarabangsaan ini telah berjaya sebagai sebuah platform pertukaran seni, budaya dan tradisi antara peserta Malaysia dan Indonesia. Semoga lebih banyak program mobiliti yang akan dilaksana oleh PSIS bagi meningkatkan jaringan kolaborasi dalam program pembangunan pelajar bersama Institusi Pendidikan luar negara di masa hadapan.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis
+7
All reactions:
2