𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃 𝐒𝐔𝐒𝐓𝐀𝐈𝐍𝐀𝐁𝐋𝐄 𝐃𝐄𝐕𝐄𝐋𝐎𝐏𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐆𝐎𝐀𝐋 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟒
2 November 2024 — Syabas dan tahniah diucapkan kepada Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) atas kejayaan cemerlang dalam World Sustainable Development Goal Challenge 2024 (WSDG 2024)! Pertandingan ini dianjurkan secara dalam talian oleh Malaysia Young Scientists Organization (MYSO) dengan penyertaan antarabangsa dari Malaysia, Indonesia, Thailand, dan negara-negara ASEAN di bawah naungan UNESCO.
Sebagai edisi sulung, WSDG bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mempromosikan matlamat kelestarian SDG17 seperti yang diilhamkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Kesedaran dan penghargaan terhadap SDG17 perlu dipupuk secara berterusan untuk menginspirasikan warga global agar mengintegrasikan nilai-nilai ini dalam dasar, program, dan kehidupan seharian.
Tahun ini, WSDG 2024 menerima lebih 500 penyertaan dari pelbagai peringkat — termasuk tadika, sekolah rendah, universiti, guru, dan golongan profesional. PSIS berjaya merangkul anugerah untuk dua projek inovasi yang cemerlang:
Tajuk Inovasi: Green Entrepreneurship (Ge-Kits)
🏆 Tempat Ke-2 (5 Terbaik Produk Kategori bagi Profesional/Guru)
🏆 Anugerah Khas (MYSO)
🥇 Anugerah Emas
Ketua Projek: Norsalwati Mohd Razalli
Dr. Mazura Mansor
Tajuk Inovasi: Fire Cane
🏆 Anugerah Khas (MYSO)
🥇 Anugerah Emas
Ketua Projek: Dr. Mazura Mansor
Ainum Erma Danila Muhamad Erman
Produk inovasi ini adalah bukti kreativiti dan dedikasi para pensyarah dan pelajar dari Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Idris Shah. Semoga PSIS terus memperkasakan inisiatif SDG17 di peringkat kebangsaan dan antarabangsa!
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis