PROGRAM CSR GOTONG-ROYONG PERDANA KOLABORASI BERSAMA JPKK KAMPUNG PASIR PANJANG DAN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
- Details
- Hits: 28
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐒𝐑 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐎𝐋𝐁𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐏𝐊𝐊 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇
Sekinchan, 26 Oktober 2024- Seramai 66 orang pelajar dan 3 orang staf Politeknik Sultan Idris Shah telah terlibat dalam Program CSR Gotong-Royong Perdana yang diadakan di Kampung Pasir Panjang, Sekinchan Selangor. Program ini merupakan satu program kolaborasi di antara Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pasir Panjang dan Politeknik Sultan Idris Shah. Matlamat program ini adalah untuk menjalinkan hubungan kolaborasi antara PSIS dengan Masyarakat setempat, melaksanakan aktiviti Promosi Politeknik (Outreach PSIS), serta dapat memberi peluang kepada pelajar dan staf untuk menyumbangkan masa dan tenaga kepada kemaslahatan masyarakat setempat.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya pembersihan kawasan Pekan Pasir Panjang, pembersihan Kawasan Balai Raya Desa Nelayan Pasir Panjang, menebang dan memotong pokok yang menghalang laluan masuk ke Desa Nelayan, pembersihan Kawasan taman permainan kanan-kanak di Desa Nelayan dan lain-lain lagi.
Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Zainuddin Bin Kasmuri, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Sultan Idris Shah. Semoga aktiviti CSR seumpama ini akan memberikan manfaat yang signifikan kepada keperluan masyarakat dan menjadikan PSIS semakin hampir di hati masyarakat.
Aktiviti ini turut disertai oleh Puan Pushpa a/p Nagiah Vengadesan, Ahli Majlis Daerah Sabak Bernam, Tn Hj Azimi bin Alias, Ketua Kampung Pasir Panjang yang juga merupakan Mantan Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PSIS 2005-2008), dan En Anuar bin Marsib (Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PSIS dan Encik Mohd Maharul bin Sukaime , AJK JPKK Kampung Pasir Panjang.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis