𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐀𝐆𝐔𝐇 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐘𝐎𝐊 𝐒𝐀𝐘𝐄𝐌𝐁𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐂𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐍𝐀𝐌
Sabak Bernam, 19 Oktober 2024 – Program Jaguh Kampung Yok Sayembara telah dirasmikan dengan jayanya oleh YB Dato' Ng Suee Lim, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor. Program ini berjaya menghimpunkan penyertaan daripada tiga kategori utama iaitu Lare Anom (7-12 tahun), Teruna Muda (18 – 24 tahun) dan Boga Karya (25 – 45 tahun) yang terdiri daripada komuniti dalam dan luar Sabak Bernam.
Program Jaguh Kampung Yok Sayembara bukan sahaja mengetengahkan warisan budaya dan sukan rakyat tetapi juga membawa nilai pelancongan yang amat penting, khususnya untuk daerah Sabak Bernam.
Para pemenang jaguh bagi setiap acara telah menerima sijil pencapaian dan trofi, manakala pemenang keseluruhan bagi setiap kategori telah menerima pelbagai hadiah dari penaja termasuk sijil pencapaian, medal dan wang kemenangan. Lebih Istimewa, pemenang turut membawa pulang hadiah yang mencuri perhatian iaitu seekor itik hidup.
Tahniah dan penghargaan kepada penganjur Jaguh Kampung Yok Sayembara iaitu pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, serta rakan kerjasama, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Hadir sama, Puan Haslinda Abd Hamid, Pengarah PSIS dan Puan Madekha binti Mohammed Zam, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis