𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah dipilih menjadi lokasi bagi penganjuran Mesyuarat Pengurusan Pengetua dan Guru Besar Pejabat Pendidikan Daerah yang berlangsung di Dewan Seri Sabak, PSIS.
Program dimulai dengan nyanyian lagu negaraku, bacaan ikrar dan ucapan aluan oleh Pengarah PSIS, Puan Haslinda Abd Hamid.
Dalam program tersebut PSIS berpeluang mempromosikan program-program yang ditawarkan kepada Pengetua dan Guru Besar yang hadir, perkongsian tersebut telah disampaikan oleh En. Mohd Fakhrurrazi Awang @ Ghazali, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), PSIS.
Hadir sama, YBrs. Dr. Haji Zakaria Othman, Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam,Haji Zainuddin Kasmuri, Timbalan Pengarah Akademik dan En. Mohamad Fauzi Che Pa, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik.
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis