𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐋𝐈𝐊 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐉𝐀𝐊: 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐂𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐁𝐄𝐑
Seramai 623 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan pelajar daripada enam buah sekolah menengah sekitar Sabak Bernam, telah menghadiri *Program Klik Dengan Bijak: Kesedaran Ancaman Siber* di Dewan Seri Lang, Politeknik Sultan Idris Shah. Program ini disokong oleh 23 orang sekretariat daripada tiga agensi iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebanyak 83 orang staf PSIS dibantu jawatankuasa pelajar telah bertungkus-lumus dalam penyediaan dan pelaksanaan program ini.
Program ini dilaksanakan bersempena dengan Bulan Kesedaran Keselamatan Siber pada setiap Oktober yang telah diiktiraf oleh Pusat Keselamatan Internet (CIS) bermula pada tahun 2003.
Selain itu, program ini juga diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran ancaman siber dalam kalangan pelajar PSIS, pelajar sekolah dan komuniti setempat. Peserta didedahkan kepada pelbagai bentuk ancaman siber seperti perisian berbahaya (malware), penipuan dalam talian, pancingan data (phishing) serta langkah-langkah keselamatan untuk melindungi diri dalam dunia digital. Program ini turut berfungsi sebagai platform promosi kemasukan pelajar ke PSIS terhadap golongan sasaran iaitu pelajar sekolah yang dijemput dari SMK Munshi Abdullah, SAM Parit Baru, SAM Muhammadiah, SMK Sungai Besar, SMK Seri Bedena dan SMK Ungku Aziz.
Pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik telah diadakan iaitu :
- Pertandingan Video Kreatif TikTok Challenge,
- ⁠Pertandingan Poster Digital,
- Pertandingan Kuiz bertemakan Kesedaran Ancaman Siber,
- Reruai Pameran dan Permainan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),
- Reruai Jualan Usahawan NADI cawangan Sabak Bernam,
- Reruai Pameran PDRM,
- Reruai Pameran Promosi Jabatan Akademik dan HEP, PSIS,
- Reruai Jualan Pelajar Cyberpreneurship dan Kelab Rakan Teknologi Digital (KRTD) JTMK,
DAN
- Cabutan Bertuah.
Majlis Perasmian Penutupan dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Puan Haslinda Binti Abd Hamid; Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah dan seterusnya dirasmikan oleh Ts. Mohamad Syukri Bin Jamaluddin; Ketua Seksyen Kawalselia Bahagian Koordinasi Negeri, SKMM. Turut hadir ialah Inspektor Azmil Bin Mustapha dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam, Tuan Haji Zainuddin Bin Kasmuri; Timbalan Pengarah Akademik PSIS, Encik Mohamad Fauzi Bin Che Pa; Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PSIS, Pengarah Kolej Komuniti Tanjung Karang, wakil Pengarah Kolej Komuniti Sabak Bernam, pegawai SKMM, pegawai PDRM, pengurus dan usahawan NADI, para pegawai PSIS, guru-guru pengiring dan pelajar PSIS serta pelajar sekolah menengah sekitar Sabak Bernam.
Program ini berjaya mewujudkan kesedaran berkaitan ancaman siber dan langkah-langkah perlindungan, sambil mempromosikan Politeknik Sultan Idris Shah sebagai institusi pendidikan tinggi yang proaktif dalam mendidik generasi muda berkaitan keselamatan digital.
Sabak Bernam, 16 Oktober 2024 - Seramai 623 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan pelajar daripada enam buah sekolah menengah sekitar Sabak Bernam, telah menghadiri Program Klik Dengan Bijak: Kesedaran Ancaman Siber di Dewan Seri Lang, Politeknik Sultan Idris Shah. Program ini disokong oleh 23 orang sekretariat daripada tiga agensi iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebanyak 83 orang staf PSIS dibantu jawatankuasa pelajar telah bertungkus-lumus dalam penyediaan dan pelaksanaan program ini.
Program ini dilaksanakan bersempena dengan Bulan Kesedaran Keselamatan Siber pada setiap Oktober yang telah diiktiraf oleh Pusat Keselamatan Internet (CIS) bermula pada tahun 2003.
Selain itu, program ini juga diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran ancaman siber dalam kalangan pelajar PSIS, pelajar sekolah dan komuniti setempat. Peserta didedahkan kepada pelbagai bentuk ancaman siber seperti perisian berbahaya (malware), penipuan dalam talian, pancingan data (phishing) serta langkah-langkah keselamatan untuk melindungi diri dalam dunia digital. Program ini turut berfungsi sebagai platform promosi kemasukan pelajar ke PSIS terhadap golongan sasaran iaitu pelajar sekolah yang dijemput dari SMK Munshi Abdullah, SAM Parit Baru, SAM Muhammadiah, SMK Sungai Besar, SMK Seri Bedena dan SMK Ungku Aziz.
Pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik telah diadakan iaitu :
- Pertandingan Video Kreatif TikTok Challenge,
- ⁠Pertandingan Poster Digital,
- Pertandingan Kuiz bertemakan Kesedaran Ancaman Siber,
- Reruai Pameran dan Permainan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),
- Reruai Jualan Usahawan NADI cawangan Sabak Bernam,
- Reruai Pameran PDRM,
- Reruai Pameran Promosi Jabatan Akademik dan HEP, PSIS,
- Reruai Jualan Pelajar Cyberpreneurship dan Kelab Rakan Teknologi Digital (KRTD) JTMK,
DAN
- Cabutan Bertuah.
Majlis Perasmian Penutupan dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Puan Haslinda Abd Hamid ,Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah dan seterusnya dirasmikan oleh Ts. Mohamad Syukri Bin Jamaluddin Ketua Seksyen Kawalselia Bahagian Koordinasi Negeri, SKMM.
Turut hadir ialah Inspektor Azmil Bin Mustapha dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam, Tuan Haji Zainuddin Kasmuri, Timbalan Pengarah Akademik PSIS, Encik Mohamad Fauzi Che Pa, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PSIS, Pengarah Kolej Komuniti Tanjung Karang, wakil Pengarah Kolej Komuniti Sabak Bernam, pegawai SKMM, pegawai PDRM, pengurus dan usahawan NADI, para pegawai PSIS, guru-guru pengiring dan pelajar PSIS serta pelajar sekolah menengah sekitar Sabak Bernam.
Program ini berjaya mewujudkan kesedaran berkaitan ancaman siber dan langkah-langkah perlindungan, sambil mempromosikan Politeknik Sultan Idris Shah sebagai institusi pendidikan tinggi yang proaktif dalam mendidik generasi muda berkaitan keselamatan digital.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis