PROGRAM CSR GOTONG-ROYONG PERDANA KOLABORASI BERSAMA JPKK PARIT 11 PASIR PANJANG DAN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
- Details
- Hits: 30
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐒𝐑 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐎𝐋𝐁𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐏𝐊𝐊 𝐏𝐀𝐑𝐈𝐓 𝟏𝟏 𝐏𝐀𝐒𝐈𝐑 𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇
Sekinchan, 12 Oktober 2024- Seramai 35 orang pelajar dan 6 orang staf Politeknik Sultan Idris Shah telah terlibat dalam Program CSR Gotong-Royong Perdana yang diadakan di Balai Raya Parit 11 Ban2 Pasir Panjang, Sekonchan Selangor
Program ini merupakan satu program kolaborasi di antara Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Parit 11 Pasir Panjang dengan Politeknik Sultan Idris Shah. Matlamat program ini adalah untuk menjalinkan hubungan kolaborasi antara PSIS dengan Masyarakat setempat, dalam masa yang sama dapat melaksanakan aktiviti Promosi Politeknik (Outreach PSIS) serta dapat memberi peluang kepada pelajar dan staf untuk menyumbangkan masa dan tenaga kepada masyarakat tempatan.
Majlis Penutup dipengerusikan oleh Encik Sukor Bin Md Nanyan (Setiausaha JPPKK) Parit 11 Pasir Panjang, dengan ucapan permulaan oleh En Zul Khir Bin Alias, Pengerusi JPKK Parit 11 Pasir Panjang dan Perasmian Majlis Penutup disempurnakan oleh Tuan Haji Zainuddin Bin Kasmuri, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Sultan Idris Shah. Hadir sama, Muhamad Anuar Bin Marsib, ketua Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi PSIS, Tuan Haji Azimi Bin Alias, Ketua Kampung Pasir Panjang juga merupakan Mantan Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PSIS (2005-2008) serta Ketua-Ketua kampung di sekitar daerah Sekinchan yang turut hadir bersama memeriahkan program ini.
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah