𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐊𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟒
Telah berlangsung Program Seminar Pengurusan Harta Pusaka 2024 anjuran Jabatan pengajian Am dengan kerjasama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bertempat di Dewan Seri Sabak, PSIS. Seminar telah disampaikan oleh Ustaz Izhar bin Ismail, Pegawai Majlis Agama Islam Selangor dan Baitulmal Zon Timur (Gombak & Hulu Selangor).Peserta seramai 80 orang terdiri daripada 16 buah institusi kerajaan terdiri daripada masjid daerah sabak bernam, agensi kerajaan dan pelajar serta guru sekolah-sekolah menengah.
Seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai pengurusan harta pusaka yang betul serta kesedaran hibah dan wasiat. Hadir sama ke seminar tersebut Tuan Haji Zainuddin Kasmuri, Timbalan Pengarah Akademik, PSIS.
Sekalung penghargaan kepada pihak pengurusan PSIS kesudian dan komitmen para peserta menyertai program anjuran PSIS.
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis