𝐏𝐒𝐈𝐒 ❞𝐂𝐇𝐄𝐂𝐊 𝐏𝐎𝐈𝐍𝐓❞ 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐑𝐈𝐃𝐄 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐇 𝟐.𝟎 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐏𝐃𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟒
Politeknik Sultan Idris Shah (PSISI) sebagai rakan kolaborasi KPDN telah dipilih menjadi “check point” bagi Program Ride Rahmah 2.0, 2024 yang berlangsung pada 27 September 2024 yang lalu. Program tahunan KPDN Selangor ini telah disempurnakan oleh Pengarah KPDN Selangor, Tuan Mohd Zuhairi bin Mat Radey.
Pelbagai aktiviti telah dianjurkan sepanjang program itu berlangsung antaranya, gimik mengecat di Foodbank@PSIS, penyerahan tabung foodbank@PSIS, penyerahan sumbangan kepada pelajar PSIS, dan permainan tradisional.
Hadir sama, Pengarah PSIS, Puan Haslinda binti Abd Hamid, Timbalan Pengarah Akademik, Tuan Haji Zainuddin bin Kasmuri dan En. Mohamad Fauzi bin Che Pa, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik.
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis