SIDANG 2 MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH KALI KE 18
- Details
- Hits: 92
𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝟐 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐎𝐍𝐕𝐎𝐊𝐄𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄 𝟏𝟖
Telah berlangsung sidang 2 Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah kali-18 bertempat di Dewan Seri Lang, Politeknik Sultan Idris Shah. Seramai 465 graduan dari Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti telah menerima Diploma masing- masing.
Sidang 2 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Mohd Nizam bin Kasa, Ketua Pegawai Eksekutif MILDEF Technologies Sdn Bhd. Majlis hari ini juga telah merakamkan penyampaian anugerah kepada graduan yang cemerlang sepanjang pengajian mereka. Antaranya, Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum dan Anugerah Projek Terbaik. Pengarah serta Ahli Pengurusan PSIS mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah kali Ke-18.
Tahniah para Graduan!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis