SIDANG 1 MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH KALI KE 18
- Details
- Hits: 128
𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆 𝟏 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐎𝐍𝐕𝐎𝐊𝐄𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐃𝐑𝐈𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄 𝟏𝟖
Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya sidang 1 Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah kali-18 bertempat di Dewan Seri Lang, Politeknik Sultan Idris Shah. Seramai 408 graduan dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Perdagangan, dan Jabatan Kejuruteraan Awam telah menerima Diploma masing- masing. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Rozali bin Ismail, Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holding Berhad merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri PSIS.
Pada Majlis Konvokesyen tersebut, terdapat beberapa anugerah telah disampaikan antaranya Anugerah Khas Tan Sri Rozali, Anugerah Khas Kepimpinan, Anugerah Khas Industri dan Anugerah Anugerah Kecemerlangan Akademik & Ko – Kurikulum.
Anugerah Khas Tan Sri Rozali, telah dianugerahkan kepada Nur Farisha Shahrizal pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan dengan sumbangan sejumlah wang tunai berbentuk mock cheque sebanyak RM3000, pakej percutian, plak kristal, piala pusingan, jambangan bunga dan sijil.
Anugerah Kepimpinan dianugerahkan kepada graduan Kirbasri A/P Reho, Diploma Alam Sekitar dan Anugerah Industri dianugerahkan kepada Muhammad Adli Abdul Jalil, Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital), dengan masing-masing menerima sejumlah wang tunai berbentuk mock cheque sebanyak RM2000, pakej percutian, plak kristal, jambangan bunga dan sijil.
Tidak hanya dengan penganugerahan yang menjurus kepada kejayaan akademik, buat julung kalinya PSIS meraikan graduan yang berjaya dinobatkan Anugerah Akhlak Terpuji dengan memperoleh hadiah mock cheque berjumlah RM1000, plak kristal dan pakej percutian. Kesemua anugerah ini adalah sumbangan daripada Puncak Niaga Holdings Berhad.Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian Anugerah Pengarah kepada pelajar cemerlang yang disampaikan oleh Pengarah PSIS, Puan Haslinda binti Abd Hamid.
Turut hadir pada sidang konvokesyen ini adalah Ts. Zulkurnaian Shahadan, Pengarah Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Puan Haslinda Abd Hamid , Pengarah PSIS, Haji Zainuddin Kasmuri, Timbalan Pengarah Akademik, Mohamad Fauzi Che Pa, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, PSIS.
Tahniah dan Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua graduan.
Sekian, terima kasih.
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
Twitter: @twtpsis