Unit Pengurusan Psikologi dan Kesihatan
- Details
- Hits: 2124
INFO UNIT
PENGENALAN
Unit Pengurusan Psikologi dan Kesihatan (UPPsiK)
Unit Pengurusan Psikologi dan Kesihatan PSIS terdiri daripada 2 orang pegawai psikologi yang merupakan pegawai guna sama dari Jabatan Perkhidmatan Awam.
Matlamat unit ini adalah untuk membantu ke arah perkembangan warga Politeknik (kakitangan dan pelajar) yang sejahtera emosi, pemikiran, fizikal, spiritual dan sosial agar dapat berfungsi dengan baik dan dapat menyumbang ke arah kecemerlangan Politeknik Sultan Idris Shah.
Pelajar digalakan untuk menemui Pegawai Psikologi atau Penyelaras Psikologi Jabatan masing-masing untuk berbincang dan berkongsi maklumat secara objektif tentang isu pendidikan, akademik, vokasional dan teknikal, peribadi, emosi, mental, sosial dan kesihatan yang ada hubungan dengan pencapaian kejayaan di Politeknik Sultan Idris Shah.
UPPsi juga dibantu oleh Persatuan Rakan Siswa Politeknik (PRSP) dimana merupakan satu kelab di bawah UPPsiK. Fungsi dan peranan yang dimainkan oleh PRSP boleh membantu melahirkan pelajar yang mempunyai minda yang cergas, fizikal yang sihat dan akademik cemerlang. Selain itu, ia membantu melahirkan pelajar yang berkerampilan, bertanggung jawab, berinterasi baik melalui latihan yang diberikan. Penglibatan dalam PRSP juga ia merupakan kaedah pembelajaran secara langsung dan tidak langsung.
Perkhidmatan UPPsi:
- Menyediakan perkhidmatan bimbingan/ kaunseling kakitangan/pelajar
- Melaksanakan pengurusan dan pentadbiran ujian- ujian psikologi
- Melaksanakan Program Pembangunan kakitangan dan pelajar
- Melaksanakan Program Kepimpinan Pelajar
- Melaksanakan Program Pembangunan Kerjaya
Unit Pengurusan Kesihatan (UPK)
UPK adalah satu pusat rawatan (Klinik) Politeknik Sultan Idris Shah telah diwujudkan pada tahun 2011. Klinik PSIS ini dikendalikan sepenuhnya oleh Penolong Pegawai Perubatan U29. Klinik PSIS diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada lebih kurang 3500 orang warga PSIS iaitu terdiri daripada pelajar dan kakitangan untuk mendapatkan rawatan bagi kes-kes yang ringan dan ubat-ubatan yang asas sahaja. Kedudukan lokas PSIS adalah jauh daripada Hospital Besar.
Objektif
- Memberikan perkhidmatan rawatan awal untuk mencegah risiko yang akan terjadi.
- Mengatasi komplikasi kesihatan bagi mencapai pemulihan awal yang maksima.
- Mencegah kejadian penyakit melalui promosi kesihatan, Pendidikan kesihatan (health education), dan langkah –langkah pencegahan dan pengawalan.
- Menggalakkan penglibatan pelajar dan kakitangan PSIS dalam menjaga kesihatan dan seterusnya meningkatkan taraf kesihatan.
Kemudahan:
- Bilik Terapi
- Bilik Kaunseling Berkelompok
- Bilik Kaunseling Individu
- Bilik Rawatan
- Ruang Rehat Pesakit
Masa bertugas:
- 8.00 pagi – 5.00 petang
Maklumat lanjut boleh hubungi:
Ketua Unit Pengurusan Psikologi dan Kesihatan
03-32806468