INFO UNIT
PENGENALAN
Unit Pengantarabangsaan Politeknik Sultan Idris Shah ditubuhkan bagi menyelaras inisiatif untuk memperkenalkan PSIS kepada peringkat serantau dan antarabangsa.
Unit ini menjalankan fungsi berdasarkan kepada enam strategi utama Dasar Pengantarabangsaan Politeknik Malaysia yang telah berkuatkuasa pada 15 Mei 2014.
Strategi pelaksanaan tersebut digariskan untuk digunapakai oleh pegawai, pensyarah dan politeknik dalam mewujudkan keseragaman bagi pengendalian segala urusan yang berkaitan aktiviti dan program antarabangsa yang dijalankan oleh jabatan dan institusi.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
ENAM STRATEGI UTAMA DASAR PENGANTARABANGSAAN POLITEKNIK MALAYSIA
BIL
|
Strategi Utama
|
Butiran
|
1
|
Kerjasama Antarabangsa
|
Perkongsian pintar institusi dengan/ melalui :
· badan penyelidikan TVET luar negara (niche areas)
· program kerjasama dengan institusi luar negara
· program latihan & pembangunan kerjaya (TVET) luar negara
· aktiviti pembangunan dan penyelidikan luar negara
· program pertukaran staf dan pelajar (inbound / outbound)
|
2
|
Persekitaran Pembelajaran Tanpa Sempadan
|
Pembangunan persekitaran pembelajaran tanpa sempadan seperti :
· aktiviti secara dalam talian bagi penandarasan program pengajian (piawaian antarabangsa)
· Penyertaan/ penganjuran aktiviti peringkat antarabangsa
*seminar/persidangan/penerokaan / perkongsian sumber / ilmu pengetahuan / pengalaman/ bahan pengajaran & pembelajaran
|
3
|
Akses kepada Pelajar Antarabangsa
|
Melalui kolaborasi antarabangsa Kumpulan Kerja Bersama (JWG) atau hubungan antara kerajaan (G to G) sedia ada :
· Program sepenuh masa
· Pembelajaran sepanjang hayat
|
4
|
Pengiktirafan Antarabangsa
|
Penarafan , pengakreditasi program / institusi , penilaian sistem jaminan kualiti
Kepakaran institusi – pelantikan / jemputan kolaborasi
|
5
|
Artikulasi Program
|
Pemetaan kurikulum, pindahan dan pengecualian kredit mengikut program melalui kerjasama dengan institusi luar negara
|
6
|
Perspektif Antarabangsa
|
Penyertaan pertandingan dan pembentangan di peringkat antarabangsa , pembangunan penyelidikan dan inovasi serta pengenalan bahasa asing melalui program silang budaya dalam kalangan pensyarah dan pelajar.
|
TAKWIM PENGANTARABANGSAAN TAHUN 2023
CARTA ORGANISASI