Unit Perpustakaan & Sumber
- Details
- Hits: 2422
INFO UNIT
Pengenalan
Perpustakaan Politeknik Sultan Idris Shah (PPSIS) mula beroperasi pada Julai 2004. Terletak di blok B dengan keluasan 508.032 meter persegi dan mampu menampung seramai 800 orang pengguna pada satu-satu masa.
VISI
Menjadi sebuah pusat perkembangan, penyebaran dan perkongsian ilmu terbaik antara Perpustakaan Politeknik di Malaysia 2025
MISI
- Menyediakan sumber maklumat yang terkini dan relevan bagi menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran
- Menyediakan perkhidmatan literasi maklumat degan pantas dan efektif
- Meningkatkan aktiviti pembudayaan ilmu supaya semua sumber maklumat dapat dimanfaatkan dan di aplikasikan oleh semua Warga PSIS
DASAR
Perpustakaan Politeknik Sultan Idris Shah adalah komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam menguruskan dan menyediakan sumber maklumat sebagai pemangkin dan usaha kea rah menyokong kemajuan akademik Politeknik sejajar dengan Visi. Misi dan objektif Politeknik Sultan Idris Shah.
OBJEKTIF
- Melaksanakan aktiviti mengesan, memperoleh, mengumpul, memproses, menyimpan, mengurus, menyelia, menyebar dan menyediakan sumber-sumber maklumat yang bersesuaian, relevan, berkualiti dan terkini dalam semua program anjuran Politeknik Sultan Idris Shah.
- Memberikan perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang dengan mengukuhkan koleksi dan menyediakan perkhidmatan rujukan maklumat yang cepat, tepat dan mesra
- Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selesa supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh Warga Politeknik Sultan Idris Shah
- Melahirkan Warga PSIS yang berbudaya ilmu
PIAGAM PELANGGAN
1. Menyediakan perkhidmatan perpustakaan mengikut waktu operasi yang telah ditetapkan
2. Pertanyaan dan khidmat rujukan diberi maklum balas dalam tempoh 24 jam
3. Permohonan ISBN/eISBN/ISSN/CIP diuruskan dalam tempoh 7 hari bekerja
4. Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti perpustakaan mengikut takwim yang elah ditetapkan secara bersemuka dan dalam talian