Unit Perancangan Strategik
- Details
- Hits: 2557
INFO UNIT
Pengenalan
- LATAR BELAKANG
Unit Perancangan Strategik (UPS) adalah satu unit yang ditubuhkan di bawah Pengurusan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Unit ini ditubuhkan berkuatkuasa pada 1 Disember 2019 yang mana ianya bertujuan untuk mendokong Pengarah PSIS dalam menangani masalah-masalah strategik dan penyelarasan program yang berkaitan dengannya secara berterusan.
Fungsi utama bahagian ini adalah melibatkan penyelarasan dasar dan Petunjuk Prestasi Utama, penyediaan perancangan jangka pendek dan panjang, pemantauan pencapaian dan pengiktirafan pertandingan akademik/inovasi serta pengurusan sistematik.
- FUNGSI UNIT
- Mengenalpasti dan membuat jangkaan (forecasting) isu, cabaran dan peluang berkenaan dasar dan prosedur sedia ada sejajar dengan hala tujuan Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK)
- Menyelaras dan memangkin pelan strategik JPPKK serta mencadang Petunjuk Prestasi Utama JPPKK dan PSIS yang boleh mengukuhkan lagi fungsi, peranan, tugas dan tanggungjawab Jabatan/Seksyen/Unit.
- Memantau usaha-usaha penambahbaikan dan pembaharuan Pengurusan PSIS yang telah dicapai dan dirancang untuk dilaksanakan dari masa ke semasa.
- Menyelaras, menyediakan serta membuat susulan terhadap input dan ouput bagi Mesyuarat Pengurusan PSIS.
- Sebagai penyelaras bagi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di bawah organisasi dengan memastikan pemantauan serta pelaksanaannya dijalankan.
- Membuat penyelarasan program utama yang disertai oleh PSIS di dalam pertandingan akademik dan berunsurkan inovasi.
- Mengumpulkan maklumat-maklumat berkenaan pencapaian-pencapaian kerja serta perancangan -perancangan bagi setiap jabatan/seksyen/unit.
- Memantau Aktiviti Penambahbaikan dan Pembaharuan dalam Lean Management yang telah dicapai dan dirancang untuk dilaksanakan dari masa ke semasa.
- Menyelaras penggunaan format dokumen mengikut pekeliling dan prosedur yang sedang berkuatkuasa.