𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐓 𝐉𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐆 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 (𝐈𝐉𝐍) 𝐃𝐈 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐄𝐋𝐌𝐈𝐍𝐀 𝐒𝐈𝐌𝐄 𝐃𝐀𝐑𝐁𝐘
Kuala Lumpur, 05 Mei 2026 - Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) komited dalam memperkukuh pelaksanaan pembangunan mampan melalui inisiatif SmartGreen, Centre of Environmental Technology (CENTA) dan Jawatankuasa Pertanian Bandar yang berperanan menyokong agenda kampus lestari serta pengintegrasian Sustainable Development Goals (SDG) dan Environmental, Social and Governance (ESG) dalam pengurusan institusi.
Oleh itu, lawatan penandaarasan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur dan Bandar Elmina Sime Darby, Shah Alam telah diadakan bertujuan menyokong pelaksanaan Sustainable Development Goals (SDG) khususnya SDG 3 (Good Health and Well-being), SDG 6 (Clean Water and Sanitation), SDG 7 (Affordable and Clean Energy), SDG 9 (Industry, Innovation and Infrastructure), SDG 11 (Sustainable Cities and Communities), SDG 12 (Responsible Consumption and Production) dan SDG 13 (Climate Action) melalui pendedahan kepada model bangunan hijau IJN dan pembangunan bandar hijau Bandar Elmina.
Delegasi Politeknik Sultan Idris Shah diwakili oleh YBrs En Mohamad Azrin bin Ramli, Timbalan Pengarah Akademik. Turut serta, Ketua Jawatankuasa SmartGreen, YBrs. Dr Azrul bin Mahfurdz, Ketua Unit COT, YBrs Puan Mahanon binti Muhamad, Ketua Unit CISEC, YBrs. Puan Noorarizawaty binti Aris, Ketua UPIK, YBrs, Ts. Dr, Hjh Naeemah binti Yusof, para pegawai PSIS mewakili Jawatankuasa Green PSIS.
Secara keseluruhannya, lawatan penandaarasan ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan dan kesedaran staf terhadap amalan pembangunan mampan, malah membantu PSIS merangka strategi pelaksanaan SDG dan ESG secara lebih sistematik dalam pengurusan kampus, kemudahan, tenaga, air dan pertanian bandar. Di samping itu, ia menyumbang kepada pengukuhan agenda Green PSIS serta memperkasakan institusi sebagai model kampus TVET yang menyokong pembangunan mampan negara dan global.
THE GREAT PSIS!!!
………………………………………………..
Facebook | Instagram | Youtube| Tiktok : Politeknik Sultan Idris Shah
X: @twtpsis