MALPTAAC SIRI 16/2025

LATAR BELAKANG MALPTAAC

Malaysian Polytechnics Territorial Army Annual Camp (MaLPTAAC) telah diperkenalkan seawal tahun 1999 oleh bekas Pengarah Politeknik Ungku Omar (PUO) ketika itu Mej Ir. Mohammed Zakaraia bin Mohd Nor. Wujudnya MaLPTAAC telah membuka era baru di dalam pasukan Askar Wataniah Malaysia kerana sejak dari tahun itu, pasukan Askar Wataniah telah berjaya diwujudkan dengan aktifnya sehingga kini dalam sistem Politeknik Malaysia. Sejumlah 14 buah Politeknik telah berjaya menubuhkan pasukan Askar Wataniah.

Kerjasama erat juga telah wujud antara politeknik dengan Rejimen-Rejimen Askar Wataniah peringkat negeri di samping pengiktirafan oleh Kementerian Pertahanan di bawah kelolaan Bahagian Pasukan Simpanan hingga jadual MaLPTAAC telah digazetkan di dalam jadual latihan tahunan sejak tahun 1999 hingga kini. MaLPTAAC juga telah berjaya melatih sejumlah lebih 6600 orang anggota pasukan Askar Wataniah yang terdiri daripada pelajar Politeknik Malaysia dalam tempoh tersebut melalui 10 siri MaLPTAAC yang telah dijadualkan di Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Selangor, Melaka, Pulau Pinang dan Terengganu.

Setiap siri latihan berjaya menggabungkan kerjasama antara 2 elemen utama iaitu Politeknik Malaysia dan Rejimen Siri 500 AW. Kerjasama erat dalam pelbagai bentuk juga telah berjaya dijalin oleh 2 Kementerian iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pertahan Malaysia. MaLPTAAC telah berjaya mencipta namanya/jenamanya yang tersendiri di peringkat nasional dengan konsep latihan yang disusun atur bersesuaian dengan keperluan anggotanya di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). MaLPTAAC juga dikesan telah memberikan satu suntikan semangat kepada pelajar Politeknik Malaysia untuk menyumbang tenaga dan khidmat demi keselamatan negara apabila penyertaan pelajar ke dalam Angkatan Askar Wataniah bertambah setiap tahun.

MaLPTAAC sememangnya menjadi satu sesi latihan yang ditunggu-tunggu oleh warga kampus politeknik kerana ianya memeriahkan suasana kampus, memperlihatkan kekuatan ketenteraan di dalam sistem Politeknik Malaysia di samping boleh digunakan sebagai membantu mencapai matlamat kerajaan memperkukuhkan kekuatan anggota dalam pasukan simpanan. MaLPTAAC juga dilihat sebagai satu ruang penglibatan maksima pelajar dan kakitangan dalam pasukan simpanan.

Tambah membanggakan lagi ramai Pengarah Politeknik Malaysia sedia dipakaikan pangkat sebagai Mejar (Kehormat). Ketua Pengarah, Datuk Hj Mohlis bin Jaafar juga telah diwartakan dengan pangkat Leftenan Kolonel (Kehormat) malah dimasa akan datang wajar diketengahkan dengan pemakaian pangkat yang lebih tinggi memandangkan kekuatan anggota Askar Wataniah Politeknik Malaysia mencecah kekuatan 2 batalion setiap tahun. Juga akan dicadangkan lebih ramai lagi Pengarah Politeknik Malaysia serta pegawai-pegawai di bahagian-bahagian Politeknik diberikan peluang menjawat jawatan Kehormat dalam kegemilangan pasukan AW Politeknik.




SENARAI INSTITUSI YANG MENYERTAI MALPTACC SIRI 16/2025

1 Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
2 Politeknik Ungku Omar (PUO)
3 Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
4 Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS)
5 Politeknik Kota Bharu (PKB)
6 Politeknik Kuching Sarawak (PKS)
7 Politeknik Port Dickson (PKD)
8 Politeknik Kota Kinabalu (PKK)
9 Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
10 Politeknik Seberang Perai (PSP)
11 Politeknik Melaka (PMK)
12 Politeknik Merlimau (PMM)
13 Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
14 Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)
15 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS)
16 Politeknik Muadzam Shah (PMS)
17 Politeknik Mukah Sarawak (PMU)
18 Politeknik Banting (PBS)
19 Politeknik Mersing (PMJ)
20 Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN)
21 Kolej Komuniti Tawau
22 Kolej Komuniti Kemaman

-SEDANG DIKEMASKINI-

KATEGORI PERTANDINGKAN

SENARAI KATEGORI ACARA DIPERTANDINGKAN DALAM MALPTACC SIRI 16/2025

MENEMBAK
PANDU ARAH
UJIAN JALAN LAJU 5KM
MULTI RELAY 
SUKAN

-SEDANG DIKEMASKINI-

DIGITAL SCORE BOARD

DIGITAL SCORE BOARD

MALAYSIAN POLYTECHNIC TERRITORIAL ARMY ANNUAL CAMP (MALPTAAC) SIRI 16/2025
MARKAH KESELURUHAN PERTANDINGAN

BIL REJ INSTITUSI MENEMBAK PANDU ARAH UJL 5KM MULTI RELAY SUKAN MARKAH KESELURUHAN KEDUDUKAN
MARKAH KEDUDUKAN PEMBERAT MARKAH KEDUDUKAN PEMBERAT MARKAH KEDUDUKAN PEMBERAT MARKAH KEDUDUKAN PEMBERAT MARKAH KEDUDUKAN PEMBERAT
(a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) (l) (m) (n) (o) (p) (q) (r) (s) (t)
1 REJ 501 AW POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
2 REJ 501 AW POLITEKNIK TUN SYED NASIR
3 REJ 501 AW POLITEKNIK MERSING JOHOR
4 REJ 502 AW POLITEKNIK BANTING SELANGOR
5 REJ 502 AW POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
6 REJ 503 AW POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
7 REJ 503 AW POLITEKNIK UNGKU OMAR
8 REJ 504 AW POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
9 REJ 505 AW POLITEKNIK MUADZAM SHAH
10 REJ 505 AW POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
11 REJ 508 AW POLITEKNIK PORT DICKSON
12 REJ 509 AW POLITEKNIK SEBERANG PERAI
13 REJ 510 AW POLITEKNIK MUKAH SARAWAK
14 REJ 511 AW POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
15 REJ 513 AW POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH
16 REJ 513 AW POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
17 REJ 514 AW POLITEKNIK MELAKA
18 REJ 514 AW POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA