INFO UNIT

Pengenalan 

Unit Teknologi Maklumat(UTM) merupakan salah satu unit dibawah Pusat Teknologi Maklumat, Multimedia dan Sumber (PTMMS). Unit ini bertanggung jawab terhadap rangkaian kampus, servis komputer, pembangunan perisian dan menyediakan kemudahan infrastruktur ICT  di dalam PSIS. Unit ini terdiri daripada 10 orang kakitangan yang terdiri daripada:-

  • 3 Pegawai Teknologi Maklumat (F44/F41)
  • 1 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA32)
  • 1 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29)
  • 4 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA 29 KUP)
  • 1 Juruteknik Komputer (FT22)
  • 1 Juruteknik Komputer (FT19)

Maklumat lanjut boleh hubungi: 

Helpdesk UTM :- 03-3280 6200 ext 6254

 

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Fungsi / Perkhidmatan

  • Merancang dan menyelaras perolehan/pembangunan sistem aplikasi, perkakasan dan peralatan ICT mengikut perkembangan teknologi semasa dan keperluan pengguna.
  • Membantu/memberi sokongan teknikal/khidmat nasihat kepada Politeknik untuk mencapai tahap kepenggunaan/kesedaran ICT di kalangan Pegawai dan Kakitangan.
  • Mengemaskini Portal Rasmi PSIS dan memastikan kandungan portal adalah yang terkini dan sentiasa boleh diaksess.
  • Menyelenggara dan menguruskan sistem dan aplikasi yang digunakan di PSIS
  • Menjadi perantara kepada keperluan teknikal Politeknik di dalam Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT), Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kementerian.
  • Bertanggungjawab di dalam penerimaan perolehan yang dilakukan oleh pihak Jabatan Pengurusan Politeknik atau Kementerian Pengajian Tinggi samada melalui perolehan central contract dan sebagainya.
  • Merancang, membangun, menguji , dan menyelenggara aktiviti-aktiviti berkaitan sistem aplikasi di PSIS.

 

 

CARTA ORGANISASI

 

MANUAL PENGGUNA

Sistem SUPPORT PSIS