INFO UNIT

 

PENGENALAN

Unit Pengurusan Psikologi  (UPPsi)

Unit Pengurusan Psikologi  PSIS terdiri daripada 3 orang pegawai psikologi yang merupakan pegawai guna sama dari Jabatan Perkhidmatan Awam.

Matlamat unit ini adalah untuk membantu ke arah perkembangan warga Politeknik (kakitangan dan pelajar) yang sejahtera emosi, pemikiran, fizikal, spiritual dan sosial agar dapat berfungsi dengan baik dan dapat menyumbang ke arah kecemerlangan Politeknik Sultan Idris Shah.

Pelajar digalakan untuk menemui Pegawai Psikologi atau Penyelaras Psikologi Jabatan masing-masing untuk berbincang dan berkongsi maklumat secara objektif tentang isu pendidikan, akademik, vokasional dan teknikal, peribadi, emosi, mental, sosial dan kesihatan yang ada hubungan dengan pencapaian kejayaan di Politeknik Sultan Idris Shah.

UPPsi juga dibantu oleh Persatuan Rakan Siswa Politeknik (PRSP) dimana merupakan satu kelab di bawah UPPsiK. Fungsi dan peranan yang dimainkan oleh PRSP boleh membantu melahirkan pelajar yang mempunyai minda yang cergas, fizikal yang sihat dan akademik cemerlang. Selain itu, ia membantu melahirkan pelajar yang berkerampilan, bertanggung jawab, berinterasi baik melalui latihan yang diberikan. Penglibatan dalam PRSP juga ia merupakan kaedah pembelajaran secara langsung dan tidak langsung.


Perkhidmatan UPPsi:

  • Menyediakan perkhidmatan bimbingan/ kaunseling kakitangan/pelajar
  • Melaksanakan pengurusan dan pentadbiran ujian- ujian psikologi
  • Melaksanakan Program Pembangunan kakitangan dan pelajar
  • Melaksanakan Program Kepimpinan Pelajar
  • Melaksanakan Program Pembangunan Kerjaya

 

 Unit Pengurusan Kesihatan (UPK)

UPK adalah satu pusat rawatan (Klinik) Politeknik Sultan Idris Shah telah diwujudkan pada tahun 2011. Klinik PSIS ini dikendalikan sepenuhnya oleh Penolong Pegawai Perubatan U29. Klinik PSIS diwujudkan bagi memberi kemudahan kepada lebih kurang 3500 orang warga PSIS iaitu terdiri daripada pelajar dan kakitangan untuk mendapatkan rawatan bagi kes-kes yang ringan dan ubat-ubatan yang asas sahaja. Kedudukan lokas PSIS adalah jauh daripada Hospital Besar.

 

Objektif

  • Memberikan perkhidmatan rawatan awal untuk mencegah risiko yang akan terjadi.
  • Mengatasi komplikasi kesihatan bagi mencapai pemulihan awal yang maksima.
  • Mencegah kejadian penyakit melalui promosi kesihatan, Pendidikan kesihatan (health education), dan langkah –langkah pencegahan dan pengawalan.
  • Menggalakkan penglibatan pelajar dan kakitangan PSIS dalam menjaga kesihatan dan seterusnya meningkatkan taraf kesihatan.

 

Kemudahan:

  1. Bilik Terapi
  2. Bilik Kaunseling Berkelompok
  3. Bilik Kaunseling Individu
  4. Bilik Rawatan
  5. Ruang Rehat Pesakit

Masa bertugas:

  • 8.00 pagi – 5.00 petang

Maklumat lanjut boleh hubungi:

 Ketua Unit Pengurusan Psikologi dan Kesihatan

03-32806468

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

■          Memeriksa dan memberi rawatan awal untuk kes-kes ringan.

■          Memberi rawatan awal jika berlaku kes-kes kecemasan.

■          Memberikan pendidikan kesihatan (jika perlu).

■          Melaporkan kepada pihak Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Sabak Bernam jika terdapat kes-      kes berjangkit.

■          Mengendali / menyelia / mengurus peralatan bilik rawatan.

■          Pemberian ubat untuk kes – kes yang ringan sahaja.

■          Merujuk kes yang memerlukan khidmat Pakar Perubatan./.Pegawai perubatan, ujian darah atau x-ray.

■          Melakukan basic procedure

-           T&S (Toilet & Suturing)                   -          I&D  ( Incision & Drainage)

-           Nebulizer                                          -         Dressing & Bandaging

-           STO (Suture To Open)                     -         Intravenous infusion/injection

-           Nail Avulsion                                     -          Mengeluarkan bendasing

-           Ear Syringing                                   -          Eye Irrigation

-           GM Check

  

 

   Muat Turun Borang Rujukan Klien di sini

 

CARTA ORGANISASI