INFO UNIT

Objektif

 

  • Menyediakan kemudahan dan kelengkapan penginapan di Kolej Kediaman,PSIS.
  • Mengurus dan menyediakan suasana yang kondusif kepada penghuni Kolej Kediaman.
  • Memastikan kebajikan pelajar dalam dan luar kampus sentiasa terjaga.

 

Latarbelakang

  

Unit Pengurusan Kediaman Pelajar (UPKPel) terdiri daripada 2 bahagian iaitu :

 

  1. Pengurusan Kolej Kediaman Pelajar
  2. Pengurusan Felo 

 

Fungsi dan peranan setiap bahagian adalah seperti berikut :

Pengurusan Kolej Kediaman Pelajar:

  • Menguruskan kelengkapan & menyediakan kemudahan  penginapan Kolej Kediaman
  • Menguruskan  & menyelia aduan-aduan kerosakan Kolej Kediaman
  • Menguruskan pendaftaran masuk dan keluar penghuni Kolej Kediaman
  • Menguruskan stok dan inventori di Kolej Kediaman

Pengurusan Felo Kolej kediaman:

  • Menguruskan kebajikan dan disiplin pelajar di Kolej Kediaman
  • Memantau aktiviti – aktiviti pelajar di Kolej Kediaman
  • Menguruskan jawatankuasa pemilihan menduduki Kolej Kediaman
  • Menguatkuasa undang – undang serta peraturan di Kolej Kediaman

MAKLUMAT KOLEJ KEDIAMAN PSIS

Kolej Kediaman PSIS terdiri daripada 8 buah blok Kolej Kediaman 

  • Blok Siswa  -   3 blok
  • Blok Siswi   -   5 blok

Kolej Kediaman PSIS boleh menempatkan seramai 2,528 pelajar (penghuni) di mana 984 pelajar siswa dan 1,580 pelajar siswi.

Kolej Kediaman PSIS adalah tempat penginapan dalam kampus sepanjang tempoh pengajian pelajar di PSIS dengan kelengkapan dan kemudahan yang disediakan seperti cafeteria, gelanggang sukan, Pusat Islam dan sebagainya yang disediakan bagi memastikan pelajar mendiaminya dengan selesa dan konduksif.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Di antara perkhidmatan dan kemudahan yang ada di Kolej Kediaman PSIS adalah seperti berikut :

 

  1. 3 Blok Kolej Kediaman Lelaki (Kapasiti: 950 Katil Pelajar)
  2. 5 Blok Kolej Kediaman Perempuan (Kapasiti: 1,590 Katil Pelajar)
  3. Kemudahan Asas di Bilik Pelajar
    • Katil Pelajar
    • Tilam Pelajar
    • Almari Pakaian
    • Meja Belajar
    • Kerusi Belajar
    • Lampu dan Kipas Bilik.
  4. Kafetaria (Beroperasi dari 8.30Pagi hingga 10.00Malam)
  5. Gelanggang Sukan
  6. Kedai COOPMART
  7. Dobi layan diri
  8. Kemudahan WIFI PSIS
  9. Kemudahan di setiap blok Kolej Kediaman
    • Bilik Gerakan pelajar
    • Bilik sakit
    • Surau Blok
    • Penapis Air
  10. Pusat Islam

  

Maklumat lanjut boleh hubungi :

Unit Pengurusan Kediaman Pelajar (UPKPel)

03 – 32806200 ext 6285
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

CARTA ORGANISASI

**Klik pada gambar untuk muat turun