INFO UNIT

Pengenalan

Unit Pengurusan Aset (UPA) berperanan dalam merancang, memantau, mengawasi dan menyelia semua aspek pengurusan aset alih di PSIS. Unit ini akan memastikan aset alih kerajaan diuruskan mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Ia meliputi skop penerimaan, pendaftaran, penggunaan dan penyimpanan, pemeriksaan, penyelenggaraan, pindahan, penerimaan sumbangan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira aset alih.

UPA juga bertanggungjawab dalam penyediaan Laporan Tahunan Pengurusan Aset Alih Dan Pengurusan Stor Kerajaan dengan mengemukakan laporan tersebut ke Bahagian Perolehan & Pengurusan Aset, JPPKK sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan. Selain itu, unit ini juga bertanggungjawab dalam menyelaras dan menyediakan data yang diperlukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) PSIS pada setiap sukuan.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  1. Unit Pengurusan Aset adalah bertanggungjawab untuk menguruskan semua Aset Alih, Aset Hidup, Aset Tak Ketara dan Stor Kerajaan di Politeknik Sultan Idris Shah di bawah kawalannya meliputi:-
    • Penerimaan;
    • Pendaftaran;
    • Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan;
    • Penyelenggaraan;
    • Pindahan;
    • Penerimaan sumbangan;
    • Pelupusan;
    • Kehilangan dan Hapus Kira.
  2. Memberi khidmat selia berkenaan Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan kepada penyelaras aset jabatan, pegawai pemeriksa aset alih dan ketua-ketua jabatan.
  3. Mengurus data aset alih PSIS dalam Sistem Pengurusan Aset (SPA).
  4. Menguruskan pelantikan Pegawai Aset, Pegawai Pemeriksa, Lembaga Pemeriksa Pelupusan, Jawatankuasa Penyiasat dan Pemverifikasi Stor.
  5. Menjadi Urus Setia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Politeknik Sultan Idris Shah.
  6. Menyelaras Laporan Suku Tahun daripada Kementerian/ Jabatan/ PTJ untuk dibentangkan dalam Mesyuarat JKPAK yang akan diadakan setiap tiga (3) bulan sekali.

CARTA ORGANISASI