INFO JABATAN

 

Pengenalan 

Jabatan Sukan, Kebudayaan & Ko-Kurikulum (JSKK) ditubuhkan bertujuan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan dan kecemerlangan atlit PSIS, aktiviti kebudayaan dan ko-kurikulum serta menyelaras, mengurus, memantau dan melaksana kursus-kursus kokurikulum bagi pelajar-pelajar melengkapkan program Diploma  di Politeknik Sultan Idris Shah. JSKK terbahagi kepada empat bahagian iaitu sukan, kebudayaan, ko-kurikulum tak berkredit dan ko-kurikulum berkredit.

Bagi Kokurikulum Berkredit setiap pelajar politeknik perlu mengikuti dan lulus kursus kokurikulum bagi mencukupkan jam kredit bagi program yang diikuti. Terdapat dua (2) laluan kursus kokurikulum berkredit yang ditawarkan kepada para pelajar. Para pelajar hanya perlu membuat satu (1) laluan sahaja bagi mengikuti kursus kokurikulum berkredit. Laluan-laluan tersebut adalah seperti berikut :- 

  • Laluan 1 
    • Sukan (Semester 1) (Wajib)
    • Kelab / Persatuan (Semester 2) (Wajib) 
  • Laluan 2
    • Badan Beruniform 1 (Semester 1) (Wajib)
    • Badan Beruniform 2 (Semester 2) (Wajib)
    • Badan Beruniform 3 (Semester 3) (Pilihan)
    • Badan Beruniform 4 (Semester 4) (Pilihan)

Visi

Menjadikan SPSKK sebagai pusat pembudayaan sukan bagi melahirkan masyarakat yang holistik, sihat dan produktif.

 

Misi

Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dalam mengurus latihan dan prasarana berkaitan sukan dan kebudayaan bagi tujuan pembangunan sukan di PSIS.

 

 

Piagam Pelanggan Jabatan Sukan, Kebudayaan & Ko-Kurikulum (JSKK)

Kepada semua pelanggan: -

  • Kami warga JSKK komited secara berterusan untuk memberikan layanan yang baik, berintegriti dan berkualiti.
  • Memastikan setiap pelajar terlibat dalam sekurang-kurangnya 1 aktiviti sukan / kebudayaan sepanjang tempoh pengajian.
  • Aktiviti melibatkan pelajar dimaklum dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dari tarikh surat diterima.
  • Permohonan penggunaan fasiliti sukan / alatan kebudayaan diselesaikan dalam tempoh lima belas (15) minit selepas permohonan diterima dan diluluskan.
  • Memastikan latihan berkala dijalankan kepada atlit sebagai persediaan untuk pertandingan sukan.
  • Membantu di dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sahsiah pelajar melalui kursus kokurikulum berkredit.
  • Menerapkan kemahiran insaniah melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti kursus kokurikulum berkredit.
  • Meningkatkan aspek kepimpinan, kesahsiahan, keprihatinan dan berdisplin melalui kursus kokurikulum berkredit.
  • Memupuk semangat berkerjasama dan kebertanggungjawaban di kalangan para pelajar melalui kursus kokurikulum berkredit.
  • Membantu politeknik di dalam melahirkan graduan cemerlang yang holistik dan seimbang dalam semua aspek.

 

Tujuan

Fungsi

  • Menyediakan kemudahan fasiliti dan peralatan sukan serta memastikan keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
  • Membuat saringan pemilihan atlet baru dari kalangan warga PSIS serta melantik jurulatih yang berpengalaman dalam menggilap bakat dan latihan.
  • Menguruskan aktiviti dalaman berbentuk sukan dan kebudayaan untuk semua warga PSIS.
  • Menyelaraskan kursus kokurikulum berkredit iaitu sukan, kelab, persatuan dan badan beruniform yang akan diikuti oleh para pelajar bagi setiap sesi pengajian.
  • Menyelaraskan para pensyarah bagi kursus kokurikulum berkredit yang akan ditawarkan bagi setiap sesi pengajian.
  • Memantau pelaksanaan kursus kokurikulum berkredit bagi setiap sesi pengajian.
  • Menyemak dan menyokong kertas kerja yang berkaitan dengan kursus kokurikulum berkredit.
  • Menyediakan Analisis CORR bagi setiap kursus kokurikulum berkredit pada akhir semester.

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

 

BIL

KEMUDAHAN

UNIT

1.

Padang Serbaguna

1

2.

Gelanggang Bola Tampar

4

3.

Gelanggang Skuasy

2

4.

Kompleks Sukan

1

5.

Gelanggang Tenis

2

6.

Gelanggang Bola Baling

1

7.

Gelanggang Futsal

3

8.

Gelanggang Sepak Takraw

1

9.

Gelanggang Badminton

2

10.

Arena Petanque

1

11.

Padang golf

1

 

KO-KURIKULUM BERKREDIT

Terdapat dua (2) laluan kursus kokurikulum berkredit yang ditawarkan kepada para pelajar. Para pelajar hanya perlu membuat satu (1) laluan sahaja bagi mengikuti kursus kokurikulum berkredit. Laluan-laluan tersebut adalah seperti berikut :-

Laluan 1

  • Sukan (Semester 1) (Wajib)
  • Kelab / Persatuan (Semester 2) (Wajib)

Laluan 2

  • Badan Beruniform 1 (Semester 1) (Wajib)
  • Badan Beruniform 2 (Semester 2) (Wajib)
  • Badan Beruniform 3 (Semester 3) (Pilihan)
  • Badan Beruniform 4 (Semester 4) (Pilihan)

 

Pelaksanaan Kursus Kokurikulum Berkredit

Laluan 1

a) Pelajar pada semester 1 akan memilih salah satu aktiviti sukan yang ditawarkan di bawah kod kursus MPU24011 – Sukan. Antara pengetahuan dan kemahiran yang akan pelajar pelajari adalah latar belakang sukan, konsep kecergasan dan kecederaan sukan, asas permainan, asas kepegawaian dan kepengadilan dan mengelolakan aktiviti berkaitan sukan.  

Antara sukan-sukan yang ditawarkan adalah :-

 

MPU24011 - SUKAN

Badminton

Hoki

Olahraga

Futsal

Ragbi Sentuh

Bola Baling

Golf

Ping Pong

Kayak

Permainan Tradisional

Bola Jaring

Karate Do

Ragbi

Orientaring

Tenpin Boling

Bola Keranjang

Karom

Scrable

Petanque

Boling Padang

Bola Sepak

Memanah

Sepak Takraw

Woodball

Floorball

Bola Tampar

Taekwando

Silat

Berbasikal

Catur

Ultimate Frisbee

Skuasy

Dodgeball

Dart

Tai Chi Gong

 Sofbol

 Tenis

 

b) Pelajar pada semester 2 akan memilih salah satu aktiviti kelab / persatuan yang ditawarkan di bawah kod kursus MPU24021 – Kelab. Antara pengetahuan dan kemahiran yang akan pelajar pelajari adalah latar belakang kelab, hal ehwal berkaitan kelab, penguasaan kemahiran insaniah dan mengelolakan aktiviti berkaitan kelab / persatuan.


Antara kelab / persatuan yang ditawarkan adalah :-

MPU24021 - KELAB

Amalan 5' S

Komputer

Radio Amatur

Kaunseling

Tarian Tradisional

Audio Visual

Layang-Layang

Seni Lanskap

Kembara

Kelab Permainan Model Kawalan Jauh (RC)

Bahasa Inggeris

Mesra Alam

Tarannum

Keusahawanan

Biodiversiti Marin

Dikir Barat

Nasyid

Kaligrafi

Bahasa Jepun

Kompang

Fotografi

Pengguna

Bahasa Arab

Bahasa Sepanyol

Gamelan

Inovasi Dan Rekacipta

Study Circle

Bahasa Mandarin

Bahasa Jerman

Bahasa Perancis

 

Laluan 2

 

Terdapat 2 badan beruniform yang ditawarkan oleh UKKB PSIS iaitu Askar Wataniah dan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA). Pelajar boleh memilih salah satu untuk mengikuti dari semester 1 dan 2 serta boleh membuat pilihan sekiranya ingin mengikuti semester 3 dan 4 bagi mendapatkan pangkat dan menjadi jurulatih.

Maklumat bagi kursus kokurikulum berkredit bagi badan beruniform adalah seperti berikut :-

 

SEMESTER

BADAN BERUNIFORM

ASKAR WATANIAH

PISPA

1 (Wajib)

MPU24611 – Askar Wataniah 1

MPU24651 – PISPA 1

2 (Wajib)

MPU24711 – Askar Wataniah 2

MPU24751 – PISPA 2

3 (Pilihan)

MPU24811 – Askar Wataniah 3

MPU24851 – PISPA 3

4 (Pilihan)

MPU24911 – Askar Wataniah 4

MPU24951 – PISPA 4

 

CARTA ORGANISASI