INFO UNIT

 

Pengenalan 

Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan (UPP) berperanan dalam pengurusan dan penyelenggaraan perkhidmatan merangkumi bangunan, fasiliti dan infrastruktur, keselamatan dan kesihatan pekerja serta pengurusan tenaga. 

 Visi 

Menjadi satu unit yang efektif dan efisien dalam melaksanakan kerja-kerja senggaraan dan pembangunan di Politeknik Sultan Idris Shah.

Misi

Memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan terhadap setiap aduan kerosakan yang dilaporkan serta melaksanakan penyelenggaraan dan pembangunan bagi menyumbang kepada keselesaan kepada warga Politeknik Sultan Idris Shah.

Objektif

  • Memastikan segala kemudahan infrastruktur di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) berfungsi dengan baik seiring dengan matlamat Politeknik Sultan Idris Shah sebagai pusat kecemerlangan ilmu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
  • Menyediakan kemudahan yang kondusif bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa di Politeknik Sultan Idris Shah demi melahirkan graduan yang berilmu dan berketerampilan selari dengan falsafah Negara.
  • Memberi perkhidmatan teknikal dan bukan teknikal untuk menyokong usaha Politeknik Sultan Idris Shah bagi menghasilkan tenaga separa professional yang berkualiti.

Fungsi dan Peranan

  • Melakukan perancangan kerja-kerja pembangunan di Politeknik Sultan Idris Shah.
  • Melakukan kerja-kerja penyelenggaraan supaya sistem yang sedia ada dapat berfungsi dengan baik.
  • Menerima aduan kerosakan serta membuat tindakan susulan.
  • Membantu dari segi teknikal dan bukan teknikal dalam menjayakan program diperingkat politeknik ataupun jabatan.
  • Membuat pemantauan kerja atau perkhidmatan oleh kontraktor yang dilantik oleh Politeknik Sultan Idris Shah.
  • Merekabentuk dan mentadbir persekitaran Politeknik Sultan Idris Shah bagi menyumbang kepada suasana yang kondusif serta turut menyumbang kepada kecemerlangan akademik.

Piagam Pelanggan

  • Kerja-kerja pemeriksaan fasiliti Politeknik Sultan Idris Shah dilaksanakan mengikut zon setiap bulan.
  • Membuat pembaikan fasiliti Politeknik Sultan Idris Shah dalam tempoh lima (5) hari bergantung kepada jenis kerosakan yang berlaku.
  • Aduan kerosakan diambil tindakan dalam tempoh lima (5) hari bekerja bergantung kepada jenis kerosakan yang berlaku.

 

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

 

1. Perkhidmatan – Penyediaan spesifikasi sebutharga, perolehan, pemantauan kerja, dan lain-lain.

  • Perkhidmatan Kebersihan Bangunan
  • Perkhidmatan Kebersihan Kawasan Dan Landskap
  • Perkhidmatan Mengangkut Sampah
  • Perkhidmatan Operasi Sistem Kumbahan
  • Perkhidmatan Orang Kompeten Elektrik

2. Pembangunan Projek RMK 11 & RMK 12 Seliaan JKR

  • Menyedia Senarai Keperluan Bagi Projek Dibawah RMK 11 Fasa 2

3. Penyelenggaraan Berkala

  • Penyelenggaraan Sistem Utiliti ( Bekalan Air Dan Elektrik)
  • Sistem Saliran Kumbahan
  • Sistem Hawa Dingin Berpusat Dan Unit Pisah
  • Sistem Pencegah Kebakaran
  • Sistem Perpaipan Gas (LPG)
  • Pencawang Elektrik
  • Lain-Lain Penyelenggaan

4. Pembaikan Peralatan

  • Pembaikan kerosakan di asrama, kuarters, blok akedemik, kemudahan sukan dan lain-lain.
  • Pengurusan perolehan, pemantauan kerja, pembaikan pembekal luar dan lain-lain yang berkaitan.

5. Membantu Menguruskan Majlis Dan Program Di Politeknik Sultan Idris Shah

  • Menyediakan / membantu persiapan majlis bagi :-
    •  Pendaftaran pelajar
    •  Minggu Tranformasi Siswa
    •  Konvokesyen
    •  Minggu Keusahawanan
    •  Lain-Lain Aktiviti

6. Pengurusan Aset Alih Dan Aset Tak Alih Di Politeknik Sultan Idris Shah

  • Mengurusakan perolehan untuk aset-aset tak alih seperti alat hawa dingin, kerusi dan meja pelajar, kipas daln lain-lain peralatan.
  • Membantu Menguruskan proses pelupusan peralatan dan sebagainya.

7. Menguruskan Tempahan Dewan Seri Lang

  • Menguruskan Jadual Tempahan Dewan Seri Lang
  • Menguruskan Keperluan Majlis
  • Memastikan Majlis Berlangsung Dengan Sempurna

 

 

 

CARTA ORGANISASI