INFO SEKSYEN
Pengenalan
Unit Keusahawanan Politeknik Sultan Idris Shah diwujudkan bagi merealisasikan Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025. Usaha ini juga selari dengan dasar Keusahawanan Nasional 2030 yang bertumpu ke arah melahirkan graduan yang holistik dan berciri keusahawanan. Justeru Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bertekad untuk mencapai matlamat tersebut yang juga merupakan usaha seiring dengan Program Learning Outcome; PLO7 iaitu memastikan objektif Entrepreneurial Skills diungguli. Course Learning Outcome (CLO) di dalam setiap program akademik di PSIS juga bertunjangkan paksi keusahawanan. Bagi merealisasikan objektif tersebut secara eksplisit, 4 KPI utama didasari oleh tumpuan keusahawanan dan 7 KPI di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Rujukan
![]() |
![]() |
Maklumat lanjut boleh hubungi:
Unit Keusahawanan ,
Politeknik Sultan Idris Shah,
Sungai Lang 45100,
Selangor Darul Ehsan.
Office: 03-32806200 sambungan: 6443
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
Fungsi Utama
- Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau aktiviti/program keusahawanan di kalangan pelajar PSIS.
- Membina dan membudayakan sikap keusahawanan di kalangan pelajar PSIS melalui aktiviti/program yang dirancang.
- Melaksanakan aktiviti dan program keusahawanan melalui jalinan keusahawanan sosial dan inkubator keusahawanan PSIS.
- Menjalinkan kolaborasi di antara UPU PSIS dengan agensi-agensi keusahawanan dan industri.
Perkhidmatan/Kemudahan
- Inkubator Keusahawanan – Printing and Merchandising
- Inkubator Keusahawanan – Barista and Bun
- Inkubator Keusahawanan – Teknologi Retort
- Inkubator Keusahawanan – Popcorn POLIMETrO
- Inkubator Group Keusahawanan – Retail Food and Beverages: Biz Point
- Akademi Keusahawanan
- Kenderaan Logistic Keusahawanan
- Kemudahan Perniagaan (perkakas)
- Kiosk Keusahawanan
- Pensyarah Pakar Keusahawanan dan Mentor Industri Keusahawanan