INFO UNIT

 

Pengenalan 

Unit Khidmat Pengurusan merupakan unit Sokongan Akademik yang bertanggungjawab melaksana dan memastikan pentadbiran umum Politeknik Sultan Idris Shah dijalankan mengikut akta dan pekeliling semasa yang berkuatkuasa.

Unit ini terdiri daripada empat (4) sub unit iaitu:

  • Sub Unit Perkhidmatan dan Perjawatan yang berperanan dalam pengurusan perkhidmatan dan perjawatan PSIS dan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa
  • Sub Unit Pentadbiran dan Stor yang berperanan dalam pengurusan rekod / fail PSIS, pengurusan rumah kerajaan, pengurusan kenderaan, pengurusan stor, pengurusan aset Unit Khidmat Pengurusan dan pengurusan melibatkan sewaan oleh pihak ketiga serta lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa
  • Sub Unit Kewangan dan Akaun yang berperanan dalam pengurusan perakaunan, bajet, urusan bil-bil, gaji, pembayaran tuntutan rasmi dan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa
  • Sub Unit Perolehan yang berperanan dalam pengurusan perolehan, kontrak perolehan dan kontrak hasil kerajaan dan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa 

Maklumat lanjut boleh hubungi

KETUA UNIT KHIDMAT PENGURUSAN
HURUL INN BINTI AHMAD
03-3280 6205
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Unit Governan memberikan perkhidmatan dalam menguruskan hal-hal pentadbiran pejabat serta kakitangan, kewangan, aset dan stor, kenderaan dan kuarters jabatan, perjawatan, gaji, perolehan dan perbelanjaan, pungutan hasil, tatatertib kakitangan dan lain-lain yang berkaitan dengan kelancaran pengurusan di jabatan dalam lima (5) fungsi utama seperti berikut:

 

PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN

  • Urusan hal-hal perkhidmatan dan perjawatan PSIS.
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

PENTADBIRAN DAN STOR

  • Urusan rekod dan fail PSIS
  • Urusan rumah kerajaan
  • Urusan permohonan kenderaan jabatan.
  • Urusan penyelengaraan kenderaan.
  • Urusan pengurusan stor
  • Urusan penyelarasan aset Unit Khidmat Pengurusan
  • Urusan melibatkan sewaan oleh pihak ketiga
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

KEWANGAN DAN AKAUN

  • Urusan perakaunan
  • Urusan bajet mengurus dan bajet pembangunan.
  • Urusan Pembayaran Tuntutan Rasmi pegawai dan kakitangan.
  • Urusan Gaji pegawai dan kakitangan.
  • Urusan Bil-bil.
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

PEROLEHAN

  • Urusan perolehan, kontrak perolehan dan kontrak hasil kerajaan 
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

CARTA ORGANISASI