INFO PUSAT

Pusat Islam merupakan satu institusi utama agama Islam yang selain daripada merupakan sebagai tempat beribadat secara berjemaah warga PSIS, ianya juga mempunyai pelbagai fungsi lain yang boleh melahir warga PSIS yang berjiwa murni dan berakhlak mulia.

Pusat Islam PSIS juga telah mendapat kebenaran  dari Jabatan Agama Islam Selangor untuk mendirikan solat jumaat pada tahun 2005 dan solat fardhu lima waktu bagi menampung keperluan jemaah terdiri dari staf dan pelajar PSIS serta memberi kemudahan solat kepada kakitangan dan pelajar di institusi berdekatan seperti Institut Latihan Dan Dakwah Selangor, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam dan Institut Perakaunan Negara dan penduduk berdekatan.

Maklumat lanjut boleh hubungi: 

Pengerusi Pusat Islam
Ustaz Mohd Rusdan Bin Hasan
No Tel: 03-32806200 ext 6305
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Antara perkhidmatan dan kemudahan yang ada di Pusat Islam adalah seperti berikut:

 

  1. Pusat Islam berperanan sebagai pusat sehenti atau one-stop centre melalui pendekatan pelbagai program dan pengembangan potensi.
  2. Menjadi pusat penyebaran ilmu dan dakwah serta menegakkan amar ma’ruf dan nahi mungkar.
  3. Menyediakan pengajian, kursus dan latihan untuk membina sahsiah individu, keluarga dan masyarakat.
  4. Menggalakkan program-program yang berlandaskan syariat bagi mewujudkan persefahaman dan muhibbah di kalangan pelajar, kakitangan dan masyarakat umum.
  5. Menjadi pusat rujukan dan khidmat masyarakat.
  6. Mengendalikan aktiviti rasmi keagamaan sempena hari kebesaran Islam di PSIS.
  7. Berusaha menerbitkan bahan-bahan edaran berkala bagi manfaat masyarakat.
  8. Memberikan perkhidmatan menggunakan kemudahan tempat dan peralatan yang ada di masjid mengikut peraturan yang ditetapkan.
  9. Membina jaringan kolabarasi dengan Pejabat Agama Daerah Sabak Bernam, Lembaga Zakat Selangor dan masjid yang berdekatan.

  

CARTA ORGANISASI