INFO JABATAN

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) adalah merupakan satu jabatan sokongan utama berperanan dalam pengurusan dan pembangunan pelajar merangkumi  pembangunan modal insan, disiplin, pengambilan dan pengurusan data.

Jabatan ini berperanan:

  1. Menyelaras, memantau dan mengawasi aktiviti-aktiviti pelajar mengikut takwim aktiviti Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Pelajar dan takwim aktiviti Politeknik Sultan Idris Shah bagi melahirkan graduan TVET yang berkualiti dan seimbang.
  2. Merancang, mengurus, menyelaraskan dan melaksanakan aktiviti promosi kemasukan pelajar baru ke Politeknik Sultan Idris Shah.
  3. Merancang, mengurus, menyelaraskan dan melaksanakan aktiviti pengambilan dan pendaftaran pelajar baru dan pelajar senior.
  4. Menguruskan pendaftaran kad pelajar dan permohonan kad pelajar baru sekiranya hilang, rosak atau tamat tempoh.
  5. Mengurus dan memperoses permohonan pelajar (Urusan Pertukaran Politeknik, Pertukaran Kursus, Pertukaran Jenis Program, Tangguh Pengajian, Berhenti Pengajian).
  6. Menyelaras urusan berkaitan Pinjaman dan Biasiswa pelajar.
  7. Mengagihkan, memantau, dan merekod anggaran perbelanjaan aktiviti-aktiviti pelajar kepada setiap Jabatan, Seksyen, Unit, Kelab dan Persatuan supaya aktiviti-aktiviti pelajar dapat dijalankan seperti yang telah dirancang.
  8. Menyelaras, merekod dan memantau aktiviti disiplin pelajar di Politeknik Sultan Idris Shah supaya dapat melahirkan graduan TVET yang berkualiti dari segi sahsiah dan ketrampilan diri.
  9. Permohonan pelekat kenderaan pelajar dan pemantauan penggunaan kad pelajar serta kebenaran aktiviti keluar / masuk kenderaan pelajar.
  10. Memastikan perjalanan Minggu Transformasi Siswa (MTS) berjalan dengan lancar dan teratur mengikut perancangan yang ditetapkan.
  11. Memastikan perjalanan Pilihanraya Kampus berjalan dengan lancar dan teratur mengikut perancangan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
  12. Menyelaras, memantau dan melaksanakan aktiviti kebajikan pelajar di Politeknik Sultan Idris Shah supaya dapat melahirkan graduan TVET yang berkualiti dari segi sahsiah dan ketrampilan diri.
  13. Urusetia Anugerah Kecemerlangan Pelajar untuk penganugerahan pelajar cemerlang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
  14. Bertindak melaksanakan sebarang arahan daripada Ketua Jabatan dan Pengarah dari masa ke semasa berkaitan kebajikan dan urusan pelajar di Politeknik Sultan Idris Shah.

Maklumat lanjut boleh hubungi:

 

MOHAMAD FAUZI BIN CHE PA

Ketua Jabatan,

Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Pelajar

03-32806528

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

         

PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN

PERKHIDMATAN

  1. Pembangunan Modal Insan Pelajar ( Wujudkan aktiviti kepada pelajar ).
  2. Mempromosikan PSIS sebagai Pusat Pengajian pilihan utama.
  3. Pendaftaran pelajar baru dan pelajar lama bagi setiap sesi pengajian.
  4. Menguruskan kad pelajar bagi pelajar baru dan pelajar senior (Pengantian kad pelajar).
  5. Melaksanakan Penguatkuasaan Disiplin di PSIS.
  6. Pelaksana Minggu Tranformasi Siswa (MTS) bagi setiap sesi pengajian.
  7. Aktiviti Kebajikan pelajar PSIS
  8. Memastikan Piliharaya Kampus dilaksanakan sebelum tempoh lantikan tamat.
  9. Urusetia kecemerlangan pelajar PSIS.

Di antara perkhidmatan dan kemudahan yang ada adalah seperti berikut: 

  1. Menguruskan kebajikan pelajar.
  2. Menguruskan Promosi kepada Komuniti.
  3. Pusat Informasi JPPPel (TV). 
  4. Ruangan Menunggu pelajar. 
  5. Bilik Mesyuarat JPPPel. 
  6. Menguruskan Disiplin Pelajar. 
  7. Projek Teduhan kasih PSIS. 
  8. Bantuan kepada pelajar yang memerlukan samada di Kolej kediaman atau luar kamsis.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN:

Unit Hal Ehwal Pelajar (UHEP):

  1. Bilik Mesyuarat
  2. Ruangan Pelajar Menunggu

CARTA ORGANISASI