INFO JABATAN
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) adalah merupakan satu jabatan sokongan utama berperanan dalam pengurusan dan pembangunan pelajar merangkumi pembangunan modal insan, disiplin, pengambilan dan pengurusan data.
Jabatan ini terdiri daripada tiga (3) Unit iaitu:
- Unit Hal Ehwal Pelajar yang berperanan:
- Menyelaras, memantau dan mengawasi aktiviti-aktiviti pelajar mengikut takwim aktiviti Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Pelajar dan takwim aktiviti Politeknik Sultan Idris Shah bagi melahirkan graduan TVET yang berkualiti dan seimbang.
- Merancang, mengurus, menyelaraskan dan melaksanakan aktiviti promosi kemasukan pelajar baru ke Politeknik Sultan Idris Shah.
- Merancang, mengurus, menyelaraskan dan melaksanakan aktiviti pengambilan dan pendaftaran pelajar baru dan pelajar senior.
- Menguruskan pendaftaran kad pelajar dan permohonan kad pelajar baru sekiranya hilang, rosak atau tamat tempoh.
- Mengurus dan memperoses permohonan pelajar (Urusan Pertukaran Politeknik, Pertukaran Kursus, Pertukaran Jenis Program, Tangguh Pengajian, Berhenti Pengajian).
- Menyelaras urusan berkaitan Pinjaman dan Biasiswa pelajar.
- Mengagihkan, memantau, dan merekod anggaran perbelanjaan aktiviti-aktiviti pelajar kepada setiap Jabatan, Seksyen, Unit, Kelab dan Persatuan supaya aktiviti-aktiviti pelajar dapat dijalankan seperti yang telah dirancang.
- Menyelaras, merekod dan memantau aktiviti disiplin pelajar di Politeknik Sultan Idris Shah supaya dapat melahirkan graduan TVET yang berkualiti dari segi sahsiah dan ketrampilan diri.
- Permohonan pelekat kenderaan pelajar dan pemantauan penggunaan kad pelajar serta kebenaran aktiviti keluar / masuk kenderaan pelajar.
- Memastikan perjalanan Minggu Transformasi Siswa (MTS) berjalan dengan lancar dan teratur mengikut perancangan yang ditetapkan.
- Memastikan perjalanan Pilihanraya Kampus berjalan dengan lancar dan teratur mengikut perancangan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
- Menyelaras, memantau dan melaksanakan aktiviti kebajikan pelajar di Politeknik Sultan Idris Shah supaya dapat melahirkan graduan TVET yang berkualiti dari segi sahsiah dan ketrampilan diri.
- Urusetia Anugerah Kecemerlangan Pelajar untuk penganugerahan pelajar cemerlang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
- Bertindak melaksanakan sebarang arahan daripada Ketua Jabatan dan Pengarah dari masa ke semasa berkaitan kebajikan dan urusan pelajar di Politeknik Sultan Idris Shah.
- Unit Pengurusan Kediaman Pelajar yang berperanan:
- Menyediakan kemudahan dan kelengkapan penginapan di Kolej Kediaman,PSIS.
- Mengurus dan menyediakan suasana yang kondusif kepada penghuni Kolej Kediaman.
- Memastikan kebajikan pelajar dalam dan luar kampus sentiasa terjaga.
- Unit Pengurusan Psikologi dan Kesihatan yang berperanan:
- Menyediakan perkhidmatan bimbingan/ kaunseling kakitangan/pelajar
- Melaksanakan pengurusan dan pentadbiran ujian- ujian psikologi
- Melaksanakan Program Pembangunan kakitangan dan pelajar
- Melaksanakan Program Kepimpinan Pelajar
- Melaksanakan Program Pembangunan Kerjaya
- Memberikan perkhidmatan rawatan awal untuk mencegah risiko yang akan terjadi.
- Mengatasi komplikasi kesihatan bagi mencapai pemulihan awal yang maksima.
- Mencegah kejadian penyakit melalui promosi kesihatan, Pendidikan kesihatan (health education), dan langkah –langkah pencegahan dan pengawalan.
- Menggalakkan penglibatan pelajar dan kakitangan PSIS dalam menjaga kesihatan dan seterusnya meningkatkan taraf kesihatan.
Maklumat lanjut boleh hubungi:
MOHD FAKHRURRAZI BIN AWANG @ GHAZALI
Ketua Jabatan,
Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Pelajar
03-32806528
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN
PERKHIDMATAN
- Pembangunan Modal Insan Pelajar ( Wujudkan aktiviti kepada pelajar ).
- Mempromosikan PSIS sebagai Pusat Pengajian pilihan utama.
- Pendaftaran pelajar baru dan pelajar lama bagi setiap sesi pengajian.
- Menguruskan kad pelajar bagi pelajar baru dan pelajar senior (Pengantian kad pelajar).
- Melaksanakan Penguatkuasaan Disiplin di PSIS.
- Pelaksana Minggu Tranformasi Siswa (MTS) bagi setiap sesi pengajian.
- Aktiviti Kebajikan pelajar PSIS
- Memastikan Piliharaya Kampus dilaksanakan sebelum tempoh lantikan tamat.
- Urusetia kecemerlangan pelajar PSIS.
Di antara perkhidmatan dan kemudahan yang ada adalah seperti berikut:
- Menguruskan kebajikan pelajar.
- Menguruskan Promosi kepada Komuniti.
- Pusat Informasi JPPPel (TV).
- Ruangan Menunggu pelajar.
- Bilik Mesyuarat JPPPel.
- Menguruskan Disiplin Pelajar.
- Projek Teduhan kasih PSIS.
- Bantuan kepada pelajar yang memerlukan samada di Kolej kediaman atau luar kamsis.
Antara perkhidmatan dan kemudahan yang ada di Kolej Kediaman PSIS adalah seperti berikut :
- 3 Blok Kolej Kediaman Lelaki (Kapasiti: 950 Katil Pelajar)
- 5 Blok Kolej Kediaman Perempuan (Kapasiti: 1,590 Katil Pelajar)
- Kemudahan Asas di Bilik Pelajar
- Katil Pelajar
- Tilam Pelajar
- Almari Pakaian
- Meja Belajar
- Kerusi Belajar
- Lampu dan Kipas Bilik.
- Kafetaria (Beroperasi dari 8.30Pagi hingga 10.00Malam)
- Gelanggang Sukan
- Kedai COOPMART
- Dobi layan diri
- Kemudahan WIFI PSIS
- Kemudahan di setiap blok Kolej Kediaman
- Bilik Gerakan pelajar
- Bilik sakit
- Surau Blok
- Penapis Air
- Pusat Islam
Memeriksa dan memberi rawatan awal untuk kes-kes ringan.
- Memberi rawatan awal jika berlaku kes-kes kecemasan.
- Memberikan pendidikan kesihatan (jika perlu).
- Melaporkan kepada pihak Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Sabak Bernam jika terdapat kes- kes berjangkit.
- Mengendali / menyelia / mengurus peralatan bilik rawatan.
- Pemberian ubat untuk kes – kes yang ringan sahaja.
- Merujuk kes yang memerlukan khidmat Pakar Perubatan./.Pegawai perubatan, ujian darah atau x-ray.
- Melakukan basic procedure
- T&S (Toilet & Suturing)
- I&D ( Incision & Drainage)
- Nebulizer
- Dressing & Bandaging
- STO (Suture To Open)
- Intravenous infusion/injection
- Nail Avulsion
- Mengeluarkan bendasing
- Ear Syringing
- Eye Irrigation
- GM Check
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN:
Unit Hal Ehwal Pelajar (UHEP):
- Bilik Mesyuarat
- Ruangan Pelajar Menunggu