INFO UNIT

 Pengenalan 

  • LATAR BELAKANG

Unit Perancangan Strategik (UPS) adalah satu unit yang ditubuhkan di bawah Pengurusan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).  Unit ini ditubuhkan berkuatkuasa pada 1 Disember 2019 yang mana ianya bertujuan untuk mendokong Pengarah PSIS dalam menangani masalah-masalah strategik dan penyelarasan program  yang berkaitan dengannya secara berterusan.

Fungsi utama bahagian ini adalah melibatkan penyelarasan dasar dan Petunjuk Prestasi Utama, penyediaan perancangan jangka pendek dan panjang, pemantauan pencapaian dan pengiktirafan pertandingan akademik/inovasi serta pengurusan sistematik.

 

  • FUNGSI UNIT

  1. Mengenalpasti dan membuat jangkaan (forecasting) isu, cabaran dan peluang berkenaan dasar dan prosedur sedia ada sejajar dengan hala tujuan Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK)
  2. Menyelaras dan memangkin  pelan strategik JPPKK serta mencadang Petunjuk Prestasi Utama JPPKK dan PSIS yang boleh mengukuhkan lagi fungsi, peranan, tugas dan tanggungjawab Jabatan/Seksyen/Unit.
  3. Memantau usaha-usaha penambahbaikan dan pembaharuan Pengurusan PSIS yang telah dicapai dan dirancang untuk dilaksanakan dari masa ke semasa.
  4. Menyelaras, menyediakan serta membuat susulan terhadap input dan ouput bagi Mesyuarat Pengurusan PSIS.
  5. Sebagai penyelaras bagi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di bawah organisasi dengan memastikan pemantauan serta pelaksanaannya dijalankan.
  6. Membuat penyelarasan program utama yang disertai oleh PSIS di dalam pertandingan akademik dan berunsurkan inovasi.
  7. Mengumpulkan maklumat-maklumat berkenaan pencapaian-pencapaian kerja serta perancangan -perancangan bagi setiap jabatan/seksyen/unit.
  8. Memantau Aktiviti Penambahbaikan dan Pembaharuan dalam Lean Management yang telah dicapai dan dirancang untuk dilaksanakan dari masa ke semasa.
  9. Menyelaras penggunaan format dokumen mengikut pekeliling dan prosedur yang sedang berkuatkuasa.

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  1. Menyelaras dan memangkin  pelan strategik JPPKK serta mencadang Petunjuk Prestasi Utama JPPKK dan PSIS yang boleh mengukuhkan lagi fungsi, peranan, tugas dan tanggungjawab Jabatan/Seksyen/Unit.
  2. Memantau pencapaian Key Performance Indicator (KPI) unit dan pegawai di bawah seliaan yang telah ditetapkan kepada UPSPP.
  3. Memastikan pelaksanaan tugas pegawai-pegawai di bawah seliaan mengikut Arahan Perkhidmatan Awam dan pekeliling yang berkuatkuasa.
  4. Mengenalpasti dan membuat jangkaan (forecasting) isu, cabaran dan peluang berkenaan dasar dan prosedur sedia ada sejajar dengan hala tujuan Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK)
  5. Melaksanakan arahan Pihak Pengurusan PSIS dari masa ke semasa.

 

                                                                 AKTIVITI UTAMA

PERKARA

KEKERAPAN

1.Mengenalpasti dan membuat jangkaan (forecasting) isu, cabaran dan peluang berkenaan dasar dan prosedur sedia ada sejajar dengan hala tujuan Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK)

1 kali setahun

2. Menyelaras dan memangkin  pelan strategik JPPKK serta mencadang Petunjuk Prestasi Utama JPPKK dan PSIS yang perlu dicapai.

1 kali setahun

3.Memantau Petunjuk Prestasi Utama yang perlu dicapai oleh Jabatan/Seksyen/Unit secara berkala.

4 kali setahun

4.Memantau Aktiviti Penambahbaikan dan Pembaharuan dalam Lean Management yang telah dicapai dan dirancang untuk dilaksanakan dari masa ke semasa.

2 aktiviti Lean Management

5.Membuat penyelarasan program utama yang disertai oleh PSIS di dalam pertandingan akademik dan berunsurkan inovasi.

3 aktiviti utama setahun

6.Menyelaras, menyediakan serta membuat susulan terhadap input dan ouput bagi Mesyuarat Pengurusan PSIS.

12 kali mesyuarat pengurusan setahun

CARTA ORGANISASI

 

**Klik pada gambar untuk muat turun